Eksiden dan terjadi. Laporan kena buat untuk perjelaskan dimana silap dan salah. Apa yang perlu diperbaiki dan tidak diulangi. Kita takkan memfokuskan silap siapa dalam edisi siasat. Kerana dalam bolasepak, khasnya ketika bertahan untuk sepakan penjuru semua pemain ada tanggungjawab untuk memastikan kubu tak bocor. Jika ada pemain tak tumpu perhatian dan buat silap orang lain dapat tahi juga.
Sepakan penjuru diambil oleh Westwood. Lovren, Henderson dan balotelli berada dalam kumpulan depan sedang scram dengan pemain-pemain Villa. Sakho pula mengejar Hutton. Sementara Manquillo menjaga Agbonlahor dengan rapat.
Lovren masih bergumpal dengan Sanderos dalam keadaan bola sudah lantun Westwood ke arah tengah kawasan kotak penalti Liverpool. Sakho sudah membelakangi Hutton dan Moreno juga berada hampir dengan mereka berdua.
Bola sampai kekawasan tengah. Sakho dan Moreno masing-masing melompat tapi sekadar mampu, kerana bola melepasi mereka. Sasaran bola itu ke arah Sanderos yang dikawal Lovren pada mulanya. Namun Sanderos berjaya meloloskan diri dari kepungan Lovren.
Sanderos mendapat ruang untuk melakukan tandukan arah pintu gol. Lovren tak berjaya menghalang Sanderos ketika itu. Bola sasaran sebenar mungkin tersasar namun sekadar menghala kepada kumpulan dimana Agbonlahor dan Manquillo yang saling mengasak-asak satu sama lain.
Tandukan mengena Manquillo terlebih dahulu. pemain muda itu cuba menguis dan mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Apakan daya Agbonlahor turut serta bertindak megasak Manquillo. Bola kantoi didepan Agbonlahor dan pemain itu meyepak santai melepasi Mignolet. Kapten Gerrard berada berdepan dan dekat dengan insiden itu.
Mignolet hanya mampu menepis angin. Kapten Gerrad telah mati langkah dan terjatuh mungkin terkena aura tedangan Agbonlahor yang nampak lemah tapi pawer.
Lovren nampak kantoi dengan Sanderos dalam perebutan kawasan. Dia mungkin tak sengaja biarkan Sanderos berjaya lepaskan tandukan, namun apa yang kita nampak Lovren hanya jaga pemain dan bukannya bola yang datang. Sakho sepatutnya tak perlu nak celen bola tinggi biar Moreno yang buat kerna budak tu lebih kedepan dari Sakho. Lagi perlu berada ditengah suapaya tak nampak terlopong sangat depan kotak penalti. Dalam situasi bertahan dari sepakan sudut, amalan biasa dua pemain kena jaga tiang kiri dan kanan. Tiang kanan dijaga rapi Lallana, namun disebelah kiri, Abang Long Gerrard lari dari posisi. Sebagai seorang pemain yang Otai kewaspadaan beliau nampak kurang menyakinkan dalam situasi ini. Anda bagaimana, setuju atau ada nak menambah.

ini namanya gol tak sengaja... secara keseluruhan tektik nak tembus team yang main parking bas tu dah ada style atleco madrid lawan chelsea tempoh hari tapi tak cukup mantap dek kesefahaman yang kureng...
ReplyDeletekesilapan kena diperbaiki, tapi kena buat cepat takut tertinggal bas
ReplyDeletebang..lambat lg x valdes masuk liverpool?tensen ngan gk skrg nie..
ReplyDelete