Siapa yang tak tengok perlawanan dengan Boro memang rugi. Paling takpun dapat layan masa penalti pon dah kira klimak habis. Perlawanan ini kalau ikutnya tak hebat sangat sebab separuh pemain utama rehat. Cuma bila nak habis barulah pengembaraan bermula. Di pihak Boro di latih oleh bek lejen Real Madrid dan Sepanyol, Aitor Karanka. Sebab itulah kita boleh nampak kelibat bekas bek muda kita Daniel Ayala, main dengan Boro. Dulu nampak Kecik orangnya, sekarang tinggi ragam.
Liverpool kekalkan Mignolet digawang untuk bagi naik balik semangat Dan keyakinan. Kesian Jones ingat dah nak dapat peluang setelah Mignolet kurang mantap, tapi takda rejeki. Dua abang it am berganding dibek tengah, sapa pagi kalau bukan Sakho dan Toure yang ganti Skrtel dan Lovren. Manquillo cedera ringan tetapi terpaksa main kerna tiada pengganti, manakala Enrique masuk ganti Moreno. Lucas main di posisi Gerrard selalu main. Rossiter diberi penamipilan sulung ambil tempat Henderson. Lallana bermain tengah Kiri menolak Sterling disayap Kiri dan Markovic dikanan. Lambert dilantik kapten sebagai penyerang utama.
Keseluruhan perlawanan dikuasai Liverpool dengan hantaran demi hantaran yang banyak ketepi Kiri patah balik tengah dan berbalik kekanan Dan balik kembali tengah. Ini kerna Boro agaknya sudah khatam video perlawanan Liverpool dengan Villa dan West Ham agaknya. Cuma bezanya bahagian tengah Boro memang tak seberani pasukan-pasukan yang dah pernah tewaskan kita. Lagipun dah pengurus mereka kaki bek, mesti dia tere bab bertahan Dan kurang tumpukan nak serang dulu. Kiranya main selamat.
Tapi apakan daya Liverpool mendapat rezeki bukan dari gerakan tiki-taka namun berpunca dari hantaran bola jauh Lucas yang tak sampai pun kepada Sterling. Sterling menggunakan kepantasan mengejar bola tapi dihalang goli fan bek Boro yang datang menerpa. Bola muntah kepada Lambert tetapi rembatan terkena bek Boro. Bola muntah lagi sekali, kali ini Rossiter yang menerpa Dari tengah menggunakan teknik rembatan leret. Dek kerana laju sangat kot goli Boro tak sempat blok bola dan masuk untuk gol pembukaan Liverpool. Rossiter menjadi penjaring termuda Liverpool mengatasi Owen. Berakhir separuh pertama dengan keputusan 1-0.
Separuh kedua Liverpool tak kasi can sama Boro untuk hasilkan penyamaan dari gerakan serangan biasa. Namun tren bolos Liverpool dari sepakan bebas dah jadi buah mulut . Boro mendapat peluang gol dari sepakan percuma disebelah kiri Liverpool. Sepakan percuma diambil Leadbitter memang marbeles betul-betul mencari kawasan tengah kotak penalti. Kesilapan Lambert menanduk keluar memang bahayakan pasukan, namun Enrique macam terlupa dia ada kepala dan cuba nak hadang bola dengan kaki namun terkantoi dan sampai ke kepada Reach yang menanduk untuk gol penyamaan Boro 1-1. Tamat 90 minit keputusan kekal.
Kemasukan Suso membawa tuah. Kalau betullah dia bakal dijual Januari ini kepada AC Milan memang Brendan akan rugi sebab Suso punyai masa depan cerah dan dia dah cakap mahu kekal untuk bersaing. Gol kedua Liverpool dari gerakan Enrique dan berikan kepada Lallana yang melakukan flik kembali kepada Enrique yang mencari Balotelli. Tetapi bek Boro agak pantas menghidu bahaya dan mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Bola tidak pergi jauh cuma keluar depan sikit dan pada masa yang sama Suso berada pada kedudukan terbaik untuk merembat leret untuk Liverpool mendahului 2-1, dalam masa tambhan kedua.
Semua ingat lagi beberapa seken masa dah tamat, dah boleh tutup TV. Namun Boro dapat peluang yang disebabkan kelalaian kita sendiri. Sterling yang buat silap tetapi kambing hitamkan Toure yang sebabkan penalti. Sterling melakukan hantaran kurang cermat untuk Lucas, tapi tak sampai Dan dirampas penyerang Boro. Reach tak silap saya orangnya melepaskan bola kepada Bamford yang berlari laju melepasi Enrique. Toure dengan niat tulus ikhlas mahu membantu dan tanpa niat serong mengeluarkan bola tetapi mengambil dengan orang sekali. Penalti memang tepat tanpa prejudis memang silap Toure. Ianya di sudahkan Bamford untuk penyamaan Boro 2-2, bagi mereka macam mati hidup kembali.
Bab penalti yang membuatkan saya agak resah sebab prestasi Mignolet. Dan jugak sebab pemain kita tekanan Dan kecewa sebab terpaksa main sampai penalti. Kesemua pemain Liverpool menjaringkan gol kecuali Sterling dan Boro pula terkantoi 2 kali. Liverpool memenangi perlawanan dengan 14 jaringan penalti berbanding Boro 13. Itulah nasib sebab dengan penalti pasukan cap ayam boleh menang Liga Juara-Juara Eropah kan. Kemenangan memberikan semangat kepada pasukan harap nya lah. Sebab lepas ini perlawanan kejiranan dengan Everton.
Buah mulut terbaru - Liverpool Raja Penalti
ReplyDelete#YNWA!
Ha,ha,ha..smua mrase jaringkan gol kcuali strling...
ReplyDelete-shah_2134-
Itu yg padu...hahaha
ReplyDeleteSterling dua kali selamatkan Boro...masa bagi penalti... dan masa ambil penalti...
ReplyDelete