Kita takkan sangka sel-sel otak Brendan Rodgers dah berhubung dengan pantas. Dia pantas muhasabah diri setelah bungkus dengan Man City. Segala pengajaran telah diambil iktibar. Macam dia baca saja blog Liverpoolkita pasal taktikal untuk main Formasi Permata (Diamond), 4-1-2-1-2. Paling tak boleh percaya bagaimana dia berjaya kelentong semua yang Moreno terseliuh kaki, padahal main sihat wal afiat. Cuma satu sahaja, anak emas dia Joe Allen mesti turun. Apapun kesebelasan yang turun memang sesuai dengan Spurs yang digelar pembuli pasukan ceroi.
Memang taktik Brendan kemas dan mengikut sistuasi untuk selitkan Balotelli dalam kesebelasan utama. Nak kasik Balotelli main tapi taknak buang SAS. Jadi Formasi Permata yang paling sesuai dan tak payah nak ejas teruk-teruk. Bila dah tambah penyerang, bahagian tengah kena kurang dan Coutinho kena beralah untuk itu. Pilihan Trio Gerrad-Allen-Hendo sekali lagi pilihan, terkilan sikit Emre tak main, namun Allen memang sesuai dengan situasi pemain tengah Spurs yang kurang agresif. Lovren dan Sakho masih tak cun tapi kian bersefahaman hinggakan tak bolos.
Harap peminat GlenJo tak kecik hati. Bagi saya Adik Manquillo kita dah boleh pegang posisi bek kanan sehingga Flanagan pulih. Itupun Flanagan kena rebut balik dari bangku simpanan, silap-silap Flanagan pun kena sirap dengan Adik Man. Memang betul GlenJo optimistik menyerang, namun bagi saya kalau dah namanya pertahanan, kerja utama dia bertahan dengan kemas barulah naik menyerang. Di nun sebalik sana kiri, ramai yang dah buat gelaran macam-macam untuk Moreno. Ada dah yang panggil "Riise baru", namun bagi saya Moreno belum layak dipuji lebih-lebih, takut kembang jubor awal sangat.
Gol awal patutnya datang dari Super Mario, dia boleh rejam tandukan padu dan lepas tu malang sekali terkelepet untuk peluang kedua. Sejuru itu Liverpool makin berselera untuk cipta pelunga kali ini, Sturridge yang berfungsi macam pemain sayap kanan melakukan hantaran kepada Henderson yang menyelinap kedalam dari tengah. Hendo melakukan hantaran silang yang mulanya macam mengarut, tetapi runpanya kepada Sterling yang sampai tepat pada masanya mennguis mudah untuk Liverpool mendahului 1-0. Inilah tanda-aras Liverpool, serangan dengan kepantasan, dan pemain serangan sampai dengan serangan hendap.
Untuk gol kedua, ianya hadiah Spurs kepada Liverpool. Kita peminat Liverpool bukan tak faham Allen, bukan nak kutuk dia, Allen tak bahaya mana pun bila menyerang. Dia mungkin boleh lepas dari Dier, tetapi bila sampai nak buat keputusan hantaran, masa itulah selalunya CPU Allen akan sangkut. Musim lepas berapa banyak hantaran untuk gol beliau (Assist), hanya 4 itupun lawan pasukan lemah. Kebangangan Dier adalah keuntungan Liverpool. Dia mungkin sangka sedang bergelut dengan Xavi Hernandez jadi penalti mudah, diberikan dan kapten Gerrad memberikan Liverpool gandakan keputusan dengan 2-0. Saya ingat patut kasi can dekat Balotelli untuk gol semangat.
Spurs masih tenggelam punca. Serang punya serang semuanya kena terjah kaw-kaw dengan barisan pertahanan mantap Liverpool yang serba segar dan muda belia belaka. Banyak kali juga Sakho buat lawak sakas, namun bila dah sefahaman kekurangan kengkawan pasti dilengkapi dengan kewaspaan. Penguasaan bola majoriti Spurs sebab Liverpool macam dah tak mahu jadi kurang ajar bagi malu tuan rumah 5-0 macam haritu. Taktik bertahan dalam kawasan setelah bubuh 2 gol memang perlu sebab ramai pemain dah terjulur lidah. Ingat tak penat dengan dok main laju sejak awal separuh masa lagi.
Tetapi sedang Spurs leka dan teralu asyik mengasak, Liverpool perolehi manafaat dengan taktik serang balas. Moreno mengasak Townsend dan merampas bola terus melakukan pecutan dan bila masuk saja dalam kotak D, rembatan padu melepasi Lloris yang terkebil-kebil menepis angin untuk Liverpool menambah derita Spurs 3-0. Nostalgia kehebatan John Arne Riise menjelma. Apakah Moreno bakal menjelmakan kehebatan bek rambut oren itu. Patutlah Brendan tergila-gila sangat Moreno sejak dari musim lepas. Dah nampak potensi Moreno bakal terajang Jodi Alba dari kesebelasan utama La Roja sikit masa lagi.
Liverpool secara keseluruhan masih belum mencapai tanda aras musim lepas. Bukan nak cakap besar, jika Balotelli , Sterling dan pemain lain tak sia-siakan peluang, setakat 5 biji gol dalam tangan. Sterling memang pilihan pemain terbaik perlawanan. Tak sampai umur 19 tahun, main lagi bahaya dari Sturridge yang nampak sikit malap dalam perlawanan ini. Tunggu masa Real Madrid atau Barcelona nak pecah tabung buat perpindahan termahal dunia lepas ini. Liverpool kena pastikan jaga aset kita itu baik-baik. Mignolet dah nampak reti selamatkan bola, itupun sebab dah dengar Goli No 1 Argentina sedang dalam perbincangan nak ke Anfield sebelum pintu perpindahan tamat. Itu tak apa lagi yang lagi gerun, Victor Valdes pun dengar cerita teringin nak sarung jersi No 1 Liverpool.
Takut dia ada send scout yg blh translate nak jadikan blog ni sbg rujukan kot ...haha
ReplyDeletebetoi gak Arif, google translator hadooooo
ReplyDeleteNostalgia kehebatan John Arne Riise menjelma... (ayat terbaik wok)
ReplyDelete