Kredit goal.com |
Ujian air kencing sampel A, Sakho diambil pada perlawanan Piala Europa, ketika seri 1-1 dengan Menyu. Keputusan positif atau erti kata lain kantoi. Setelah diambil keterangan Sakho mengaku ambil Pil Bakar Lemak. Sebab yang dia mengaku ambil kerna disisihkan Brendan awal musim sebab gemuk (?). Itu kenyataan beliau bila disoal-siat oleh UEFA sejurus keputusan keluar. Pihak Liverpool telah ambil keputusan merehatkan Sakho, walaupun pihak UEFA atau FA Inggeris tak suruh pun. Ini kerana pengurusan tak mahu jika Sakho main takut boleh jadi pertiakaian.
Untuk sedia maklum, kes ambil ubat yang terlarang pernah terjadi kepada Kolo Toure ketika di Man City sebab ambil Ubat Diet bini dia. Nasib baik Kolo kena setakat 6, bulan. Jadi jika terbukti Sakho kantoi bila sampel B yang bakal di hantar kepada UEFA kelak, denda yang tinggi serta penggantungan hingga 4 tahun mungkin akan dikenakan. Jika keputusan keluar, Sakho masih boleh buat rayuan kepada lembaga rayuan UEFA, dan boleh mintak pengurangan denda dan penggantungan.
Sepatutnya sebagai pemain Profesional benda macam ni boleh dielakkan. Kelab dah bagitahu nak ambil ubat apa-apa pun kena pergi jumpa doktor kelab. Alah macam kita nak beli ubat, sepatutnya nak makan walaupun Panadol bukan boleh main hentam makan, kalau tak kena aturan kesan sampingan banyak, kerosakan buah pinggang, ulser usus dan macam-macam. Ini tak sikit-sikit pening , Panadol. Batuk sikit, Breacol dan sakit urat sikit kedarah Piriton. Nasihat pakar kadang-kala dapat menyelamatkan kita dari bahaya. Macam kes Sakho, dia buat kesilapan yang besar kesannya dari segi karier beliau.
Kadang-kala benda dadah dalam sukan juga berlaku sekeliling kita. Teringat saya masa kat kampung masa pertandingan terbuka 7 sebelah. Selamba katak saja, ada sesetengah pekena sebalut ganja sebelum perlawanan. Ada juga yang kena cengkoroi (air ketum ++) dan paling biasa air Coke campur panadol. Main punya tak hingat donia. Padahal kita macam nak mampus, penat kemain. Nasib baik tak ada ujian UEFA, kalau tak pemenang kejohanan masa tu dah kena tarik Piala. Kami yang main bersih patut dapat medal kot.
Bagi saya, jika Sakho bersalah atau tidak, nama beliau dah tercemar. Prestasi beliau yang mantap akan jadi buah mulut peminat lawan yang pasukan kita menang sebab pemain isap dadah. Ketiadaan Sakho setakat ini memang terasa, masa lawan Newcastle dah nampak betapa impak Sakho jadikan Moreno cemerlang. Calon pengganti Sakho untuk Piala Europa ramai sebab kita masih ada Toure, Skrtel, Caulker dan Lllori. Tapi nak sama macam beliau susah nak cakap. Toure asyik krem, Skrtel nampak kian merapu, Caulker cergas tapi ntah apsal tak dapat tenpat dan Llori takut sebab kurang pengalaman. Apa pun harap Klopp tahu apa yang terbaik bagi tangani krisis ini.
bang..llori tu dh bleh tolak kedepan..bakal world class player akan dtg..
ReplyDelete