Saya tengok dalam youtube, perlawanan Villareal dengan Leverkusen dalam kedua-dua aksi dirumah dan tempat lawan. Kekuatan Villareal memang nampak gah sebab mereka main ala-ala Leicester. Stendet 4-4-2, bertahan dengan disiplin dan banyak dapat peluang melalui serang-balas. Tapi yang perlu diperhatikan bila serang-balas, mereka memang cekap dan tuntas melunaskan peluang tak pun boleh kasi jantung kita nak terkeluar dengan aksi mereka.
Penyerang mereka Bakambu dan Soldado bekas Spurs nampak pantas dan agresif selalu kacau pertahanan lawan. Maknanya Bek sisi kena sedia diposisi selalu jika nak selamat dari kena botol. Mereka bukan senang nak kena buli walaupun dengan pasukan segah Barcelona atau Real Madrid. Maka untuk perlawanan nanti saya harap Clyne dan Moreno jangan terlalu asyik nak keatas, pastikan main selamat dulu. Pemain tengah kena yang jenis bijak macam Lucas sebab pemain tengah Villareal jenis robus.
Mignolet
Clyne Toure Lovren Moreno
Lucas Allen
Firmino Lallana Coutinho
Sturridge
Walaupun ketiadaan Origi, Sturridge rasanya kena berhati-hati dengan pertahanan kamikaze Villareal. Takut tak sempat nak main di Anfield. Cuma rasanya Liverpool bakal main macam kat BVB cuba dapatkan gol sebanyak mungkin tetapi dengan Villareal yang banyak akal, sebiji pun dah kira puashati. Bukan cakap nak terlalu respek dengan tuan rumah, tetapi keputusan dengan Leverkusen yang bagi saya pasukan feberet dalam pusingan sebelum ini, Villareal memang pailang. Mereka boleh buat kejutan dan Klopp kena bersedia untuk itu.
Aq harap pasukan Liv mlkkan prestasi yg baik dan kurangkan mmbuat kesilapan. Pluang dah dkt nak cpai final dan dpt piala uel. Jgn di sia2 kan usha smpai ke pringkat ni. LIV 3-1 VIL
ReplyDeleteperlawanan kaki pertama biasanya dua-dua pihak main hati-hati. tak kira tuan rumah atau pelawat. tapi yang penting mesti skor
ReplyDeletepertahanan the red nampak kukuh sikit. jangan keeper buat palat lagi sudah. coaches kena cepat buat perubahan bila nampak lain macam je corak main
vil 1 liv 1
pape pn wajib skor waima satu gol..tapi tu laa, agak tak best bila away dlu..huhuu..hope liv leh bawak bekalan yg selesa tuk ke anfield..YNWA!!!!!
ReplyDeleteVIL 1-2 LIV
~MKH~
Berdasarkan pertahanan mantap kelab yg digelar 'Leicester City Sepanyol' tu dan berkelebihan dilaman sendiri, sy mensasar kemenangan tipis 0-1 berpihak pd Liverpool..
ReplyDeleteKemenangn ini utk piala yg ke-4 UEL utk Liverpool..hope mng n msok final..Road To Basel..yeeehhaaa..2-0 Liverpool
ReplyDeleteKemenangn ini utk piala yg ke-4 UEL utk Liverpool..hope mng n msok final..Road To Basel..yeeehhaaa..2-0 Liverpool
ReplyDelete