Perlawanan dengan Spurs tak menghambarkan kecuali jumlah gol yang sedikit. Ini disebabkan kecemerlangan goli masing-masing, namun yang paling banyak beraksi ialah Lloris berbanding Mignolet. Dah macam Superman, kita tengok Lloris dan Mignolet mungkin sekadar Batman. Ini menunjukkan bahawa Liverpool emang banyak berbuat percubaan tetapi digagalkan oleh barisan belakang. Tapi jangan lupa Spurs juga ada peluang terutamanya Kane dan Son, tetapi mereka tak pandai nak kantoikan Sakho yang sangat kuat gelabah.
Dari segi corak permainan Liverpool dah perbaiki kelemahan dari perlawanan Soton. Kemasukan Milner menambah kekuatan dibahagian tengah, sebab Spurs memang punyai barisan tengah terbaik di EPL masakini. Walaupun keseluruhan penguasaan bola diungguli Spurs, pemain tengah kita agak tenang untuk menyekat monopoli mereka. Boleh tengok jarang sekali mereka main hantaran rendah teralu kerap. Apa yang selalu kita tengok banyak bola lambung mencari Kane dan Son. Spurs mempergunakan kekuatan serangan mereka untuk merobek dari sayap.
Coutinho adalah hero malam itu, gol beliau memang mudah menewaskan Spurs . Hasil gerakan satu dua dengan Sturridge, bek Spurs hanya mampu melihat penyudah Coutinho melewati Lloris yang cemerlang menepis serangan Liverpool sebelum itu. Tapi Spurs bukan cap ayam seperti yang kita sangka. Kalau mereka tak main bersemangat takkan kedudukan mereka ditangga kedua. Gol penyamaan Spurs hadir setelah Erickson mendapat hantaran jauh, perangkap bola dengan baik dan dengan licik mengencing Clyne dengan melakukan lambung mencari Kane. Kane walaupun dijaga rapi Lovren sempat melibat rembatan melewati jangkaun Mignolet.
Tetapi Tottenham terdesak perlukan mata lebih daripada Liverpool. Dengan Leicester menang, ia adalah dah jadi jurang tujuh mata dengan enam untuk bermain. Tekanan mereka bertambah mungkin menjadi terpaksa tunggu saat akhir perebutan gelaran EPL. Dan Liverpool kekal terperangkap dalam pertengahan liga, sekadar nak kejar tangga kelima hingga kesepuluh. Namun begitu, perlawanan ini masih menguatkan pandangan utama . Hampir kepada lebih baik, tetapi tidak cukup cukup cemerlang lagi . Terdapat cukup banyak peningkatan individu sejak Klopp menjadi pengurus: Lallana, Lovren, Can, Sakho, Allen, dan lain-lain pemain yang beli oleh Brendan. Namun yang paling nampak meningkat tak lain tak bukan ialah Coutinho siapa lagi kan.
No comments:
Post a Comment