Orang lain punya main berpeluh-peluh 90 minit lebih. Mamat ni selamba lepas 2 gol. Gol bolos pertama memang silap Mignolet, serbu bola lintang padahal memang jauh dari jangkauan. Ternyata Mignolet kembali mengingatkan kita bahawa dia bukan solusi penjaga gawang musim depan. Kita bagi contoh Menyu, bila ada goli hebat cam De Gea, permainan hancur pun boleh menang sebab tak beri gol mudah pada lawan sebab mereka tahu mereka memang tahik depan gol.
Kebijaksanaan Rafa tak siapa boleh pertikai. Dia tahu pemain tengah dia memang tak mampu nak kontrol bola nak lepas Allen, Stewart dan Milner. Dia main mudah separuh masa, buat hantaran jauh cari pemain sayap untuk gunakan kelemahan Liverpool bola lintang. Bukan nak cakap pemain mereka bijak sangat, tetapi bila dapat kata-kata semangat dari Taktikal Guru yang hebat macam Rafa, semangat perjuangan membuak-buak.
Kadangkala keputusan camni berlaku bila pemain sendiri tarik brek awal sangat. Macam pandang rendah kat Newcastle pun ada. Separuh kedua hampir majoriti pemain macam dah puas-hati 2-0. Bila naik serang, nak turun berat jubur nak bantu pemain bawah. Klopp patut masukkan Lucas dan Ojo lebih awal dan gantikan Milner dan Firmino sebab mereka main macam tak cukup oksigen. Ditambah pula dengan keputusan pengadil yang pejam mata nak bagi penalti kat Sturridge.
Apa pun fokus kepada Villareal sebab nak pulun tangga ke-4, memang dah tak ada harapan. Harap Sakho bebas dari tuduhan ambil dadah. Sebab Mignolet yang patut kena cek air kencing, takut dia yang ambil dadah, sebab sepanjang musim ni main sebegitu lalok sungguh. Tentah-entah Ian Ayre pun hisap dadah juga sebab lanjutkan kontrak Mignolet, padahal kita semua tahu dia tak sebagus mana nak dapat kontrak baru.
perghhhh..dpt rasakan prsaan penulis time duk menaipkan..penuh perasaan geram, marah, terkilan, kecewa, sadis bercampur baur menjadi satu..tp, mmg btul pn..liv nie masalah byk kalau dh leading...hurrmmm, fokus jmpe villarreal laa..cter byk psal game nie pn wat sakit ati jerk..KTF..YNWA!!!!!!
ReplyDeleteLiverpool sentiasa murah hatinya terhadap kelab yang akan turun division..sejak dulu lagi.
ReplyDeleteYang penting Mignolet kena ganti musim depan. Main OK 3 game, prestasi out balik.
ReplyDeleteTak bleh tahan betul lah dengan statement berat jubur nie.nampak sangat marah nye tu.kecewa pun ade.gua pun tak bleh tahan bos.asal dah leading 2,3 bijik je mesti tarik handbrek.pu**ek betul lah...
ReplyDeleteTak bleh tahan betul lah dengan statement berat jubur nie.nampak sangat marah nye tu.kecewa pun ade.gua pun tak bleh tahan bos.asal dah leading 2,3 bijik je mesti tarik handbrek.pu**ek betul lah...
ReplyDeleteKapten yg mcm betul2 kapten cam tak ujud. Kalau dapat spesis Safiq Rahim pun dh OK. Hahahaha.
ReplyDeletebang..tinggal ckit lg jer..skrip yg same..xprnh ade peningkatan ..defensive midfield n bahagian pertahanan..huhuhu..
ReplyDelete