Boleh dikatakan perlawanan kejiranan kali ini yang paling berat sebelah. Kita tahu ada juga kad merah. Tapi itu bukan sebab terlalu bersemangat tapi tindakan bodoh. Pijak kali orang sampai tak boleh main sanggup ambik kad merah kemudian cium lencana, konon jadi hero. Funes Mori memang bakal jadi makian peminat Everton, sebab dia tak tahu main 10 orang dengan ketinggalan 2-0, Liverpool takkan bersimpati dan akan belasah kaw-kaw punya.
Barisan yang diturunkan dirombak kembali dari lawan Bournemouth tempohari. Bagi sayalah ianya bukan barisan paling terkuat sebab tak turun Allen, namun saya boleh agak Klopp tak mahu nak main laju sangat, nak rileks sikit. Lucas dimasukkan untuk mengawal keadaan, dan pengalaman beliau melalui berpuluh-puluh kali perlawanan kejiranan salah satu asbab dia main berbanding Allen. Origi juga kembali keposisi penyerang tunggal dan Sturridge dibangku simpanan.
Ingat nak main rileks dan santai, tapi sekali sekali Lucas nampak begitu agresif, tak kasi can Everton nak bernafas. Tak sampai 5 minit Lallana hampir nak jaringkan gol hasil hantaran lambung Coutinho melepasi perangakp offside. Tapi jolokan mencari celah kangkang dapat dibaca dan Robles mudah menampan sepakan Lallana dengan peha. Lalanna ni dapat banyak peluang sungguh, berbanding Firmino dan Coutinho malah Origi. Ada sekali tu hantaran Clyne gagal ditanduk kemas Lallana tersasar jauh dari pintu gol.
Punyalah bosan tengok gol-gol tak muncul-mucul, tapi yang banyak ialah bentes-membentes dan terjahan demi terjahan. Milner menjadi pemain pertama dapat kad kuning. Kemudian pemain Everton, Lennon pula dapat kuning sebab pergi bentes Milner. Sepakan percuma Milner tak lepas tapi kemudiannaya dia dapat melakukan hantaran mencari Origi. Walapun dijaga rapat dan dikerumuni bek Everton Origi berjaya melonjak mengatasi mereka, dan melakukan tandukan padu kedalam gawang Everton untuk Liverpool mendahului 1-0.
Mungkin sukar nak samakan Milner dengan Garry Mccalister, namun buat masa sekarang Milner adalalah pemain percuma yang nampak berbaloi-baloi. Sekali lagi beliau menjadi pembatu kepada gol kedua Liverpool. Hasil gerakan dari sebelah kanan penalti Everton, Coutinho bermain hantaran kepada Milner dan Milner melakukan hantaran lambung mencari kawan-kawan ditengah kotak penalti. Bola sampai ditengah dan Sakho yang tak dijaga pemain Everton , sempat mencari sasaran dan mennaduk masuk gol melewati gawang Everton. Separuh masa tamat dengan Liverpool 2-0.
Separuh kedua bermula dengan Everton membuat pertuakaran taktikal memasukkan Besic menggantikan Barry. Tapi apa yang tak disangka berlaku apabila Funes Mori menghentak buku lali Origi dengan sengaja. Mulanya ingat terjahan biasa, tapi bila tengok ulangan, rasa ngeri tengok macam kaki sendiri sendiri yang kena. Untuk maklumam saya pernah kena camtu, koyak otot ligamen buku lali, kat 2-3 bulan kena rehat tak main bola. Tapi kes Origi, tak tahulah camna tapi Funes Mori memang berhak dapat kad merah dan secara automatik jadi musuh peminat Liverpool dan berada bersama dengan lejen merekawawancara seTim Cahill, Hibbert dan Barry Ferguson.
Bila 11 lawan 10, memang tak ada peluang langsung Everton nak bangkit menyerang. Sebelum ni Lucas jarang-jarang naik Bantu serangan. Tapi bila dia naik mendapat hantaran dari Allen melarikan bola dan nampak Sturridge berada dalam kedudukan terbaik, Lucas melorongkan bola dan dapat kepada Sturridge walapun Cuba diterjah Stone, namun dengan kemahiran kaki dia sedikit menarik bola dan meleretkan kedalam gawang Everton yang bolos kali ke-3. Coutinho melengkap gol ke-4 Liverpool dengan rembatan luar kotak. Also tamat dengan keputusan akhir 4-0.
Ini merupakan perlawanan kejiranan Klopp yang pertama kali. Kita dah tengok dia mampu memenanginya dan tambahan pula membelasah lawan sampai 4 biji. Maknanya Liverpool berada dikedudukan terbaik untuk habiskan Liga dengan permainan konsisten. Fokus utama mungkin pada Piala Europa, sebab ianya lebih gempak dari nak berebut kedudukan Liga. Sebab jika menang Piala Europa, tak perlu nak buat majik nak pintas Man City, sebab pemenang Piala Europa layak ke Liga Juara-Juara musim berikutnya.
waspada..bekas pengurus lama kita..benitez akan datang dengan toon armynya..masih ingat lagi..newcastle pukul the reds 2-0 dihalaman mereka.Itulah kali terakhir mereka menang..tapi bukan di bawah rafa..
ReplyDelete