Teringat cerita bolasepak pasal perlawanan kejiranan, ketika zaman kecil-kecil dulu. Belajar satu sekolah, tapi terdapat pelajar dari 3 kampung berlainan. Aktiviti sukan yang paling disukai hujung minggu selain berkubang mandi sungai ialah perlawanan bolasepak antara kampung. Terdapat 3 kampung utama yakni kampung saya Sungai Kechil Ilir Kampung Besar dan Kampung Sungai Buaya.
Tapi bila nak buat perlawanan bola kampung kami akan lawan dengan gabungan Kg Besar + Sg Buaya. Ini bukan berat sebelah 1 lawan 2 tapi nak cari budak-budak kaki bola susah. Sebab ramai yang suka dok rumah tengok kartun pagi hari minggu atau jenis kaki bangku dok memerap celah ketiak emak. Bila tanya alasan nak basuh kasut sekolah. Piraaahhh.
Perlawanan selalunya akan diset pada hari terakhir sekolah. Wakil kami atau Kapten tentulah pelajar paling terer main bola yang akan tentukan ada perlawanan atau tak dengan wakil pasukan lawan. Kalau tak main bola, aktiviti melastik burung atau berkubang kat sungai akan jadi rutin. Cukup tak cukup korum pemain , hari perlawanan baru tahu.
Yang syoknya, tiba hari perlawanan Kapten bangun awal pagi, pergi kedai apek basikal pam bola untuk pastikan bola perlawanan dalam keadaan tip-top. Lepas tu dia akan pergi rumah ke rumah panggil semua pemain. Ada yang dah bersiap sedia tapi ada juga yang masih tidur. Oleh kerana takut kena bahan cepat-cepat pergi mandi dan makan ala kadar sarapan mak buat.
Tiba dipadang bila semua berkumpul termasuk pasukan lawan. Pengadil tak rasmi akan dijemput. Selalunya kalau dah tak ada yang regular, penonton dikalangan pakcik-pakcik atau abang-bang yang reti sikit-sikit pasal pengadilan kena paksa jadi pengadil. Ada juga pernah jadi main tak ada pengadil, kesudahannya tumbuk menumbuk sebab main kaki bukan main bola.
Lupa nak bagitahu yang main bola bukan main percuma. Setiap pemain kena bagi seorang dua kupang dan kalau tak bawa duit, pinjam dari sesiapa yang bawa duit lebih. Pasukan yang menang akan dapat duit pertaruhan dari pasukan lawan. Entah judi entah tidak zaman tu mana tahu apa benda sebab dah berzaman abang-abang dulu pun dah main camtu.
Omar Kapit
Iju -- Bedon (arwah) -- Tok Jan -- Mat Katan
Pakdin -- Amri --Apit -- Am (aku)
Udi -- Tan Lole
( yang ni barisan pemain kalau cukup 11 pemain, selalunya main kurang, tapi kalau kurang dari 7 perlawanan kena batal, ikut undang-undang FIFA.)
Perlawanan selalunya berlangsung dengan rancak, agresif dan penuh aksi kekasaran. Walaupun duduk belajar dalam kelas yang sama tapi dalam padang bola, tak kenal dah membe-member masa tu. Yang penting nak menang. Semangat nak menunjukkan kampung mana lebih hebat sebab sapa yang menang akan jadikan modal nak membahan dan bercerita pasal perlawanan tu kat sekolah seminggu jadi modal.
Sepanjang karier perlawanan kejiranan, kampung kami menjadi belasahan gabungan dua kampung lagi. Isunya mungkin kampung mereka punyai pemain pawer dan hampir seluruh pasukan main wakili sekolah. Tapi semangat punya pasal bila dicabar bila menang sekali-sekala memang riuh rendah sekolah, dok jaja keputusan perlawanan. Puak sebelah sana rileks saja buat dono sebab mereka dah lali maka duit kami. Huhuhu
Jadi apa kena mengena perlawanan Liverpool lawan Everton dengan cerita zaman saya kanak-kanak dulu. Moralnya walaupun saya sebagai peminat Liverpool tetapi dapat memahami bagaimana rasanya jadi pasukan yang macam Everton, kena belasah sentiasa dengan Liverpool dan kalau memang sekali memang rasa seronok tak terhingga. Tapi ingat juga kadangkala semangat nak menang membuatkan pasukan Everton bola buat kejutan.
Nota kaki: Saja nak tulis santai untuk perlawanan Liverpool- Everton. Macam biasa sila teka keputusan dalam ruangan komentar.

Liverpool 2-0 Neverton
ReplyDeletekalau trunkan pemain utma smua, aq trget LIV 3-EVE 1,tapi klau nak rhatkan pemain hebat2 stkat LIV 1-EVE 0 .
ReplyDeletetuan blog, izinkan nak cerita juga..
ReplyDeletelebih kurang 40 tahun lalu.. kali pertama tonton bola kat tv.. road to wembley kot..baju merah lawan baju biru..baju merah menang terus sokong baju merah.. (nasib baik baju biru kalah hari tu kalo tak asyik jadi bahan la sampai sekarang)
liv 2 eve 1
Betoi dulu TV2 tak silap akan tayang Piala FA live... Road To Wembley. banyak game tak sempat tengok. Kakak conquer TV tengok Bintang RTM. Nak tengok kena pergi kedai kopi. Balik lewat Ayah tunggu depan pintu pegang rotan.
DeleteLiverpool 4-0 Everton
ReplyDeletekumai
Liverpool 1-0 Everton..
ReplyDeleteMain lwn Everton ni la y plg sya x gemar.. sbb stiap kli Liverpool mdahului.. msti Everton main mcm kna candu pas da ketinggalan.. ksudahannya Seri... tp hrpnya tdk utk kli ini.. 3 poin dtgla ke Anfield..
Bro btl ke ada kbr angin klub Liverpool bakal dijual ke pemilik dari arab..
ReplyDeletebetul tu abg.. zaman saya main 5 kupang.. syarat bermain mesti umur bawah 18.. kalau lebih kira disqualified pastu duit burn mcm tu jaa.. yg lebih umur ni selalunya jadi pengadil.. waktu ni kurang cerdik sikit tak nak main lgsg dgn player veteran.. takut merencatkan permainan.. kg kami selalunya champion laa.. sbb ramai player2 berclass dok kg sekali.. last sekali mesti berlaku tragedi.. hahaha seronok jugak bila teringatkan zaman2 dulu.. skrg ni dah tak nampak dah budak2 main bola.. semua pakat ada henset.. permainan kg ni dah tak jadi tradisi.. sedih betul.. tapi apa pun saya harapkan liverpool menang malam ni walaupun turunkan pemain simpanan dan muda.. mungkin ini akan jadikan suntikan semangat untuk abg2 senior..
ReplyDeleteliv 3-1 eve
Liv 4-1 Eve
ReplyDelete-qe7-
Tahniah ada juga pemenang minggu ni yg berani teka 4-0
ReplyDelete"kumai"
aduh..cmne bleh terlepas nk teka score..huhu
Delete-cucu mak leha-
next..kena lwn sorang lagi ex manager kita..Benitez..harap kita menang..kalau menag slalu..kita ada peluang duduk tangga enam..itu pun kena bersaing dengan MU dan The Hammers..janji menang..ada 5 lagi permainan liga..dua permainan European Cup..lepas itu kita akan tahu di mana kita tahun 2016 ni.
ReplyDelete