Liverpool merehatkan hampir separuh pemain utama dari kesebelasan yang main dengan Dortmund haritu. Lovren dan Sakho digantikan dengan Toure dan Skrtel. Stewart dan Alleb ganti Emre dan Hendo. Dan paling memeranjatkan ialah penampilan Ojo dalam kesebelasan utama. Liverpool meletakkan Firmino, Sturridge dan Ojo dalam serangan 3 serangkai. Stewart sebagai pelindung barisan pertahanan dan Allen serta Milner yang menjadi Kapten menjadi perantara ketika menyerang dan bertahan. Pada ketika kesebelasan utama dimaklumkan sejam terlebih awal, nampaknya Klopp macam tak tumpukan perhatian dengan Stoke tetapi persiapkan untuk lawan Dortmund, namun apa yang berlaku adalah satu kejutan.
Nak buli Stoke bukan senang, jika tak main dengan semangat kerjasama yang tinggi. Namun apa yang saya nampak begitu unik pasukan kita ialah dengan kehadiran Kevin Stewart, pemain rejek dari Spurs yang menjadi tulang belakang kekuatan bahagian tengah. Mungkin keterlaluan nak samakan beliau dengan Mascherano, tetapi stail nak kesitu nampak ada jika dia mampu main secara konsisten. Bukan senang nak halang pemain tengah Stoke yang robes dan agresif macam Imbula, namun kerjasama Stewart dan Allen nampaknya dapat meneutralkan kehebatan Imbula. Bila dah dapat mencabar bahagian tengah Stoke, maka permainan kita nampak begitu tenang.
Moreno yang agak merosot sebelum ini terutamanya lawan Soton, telah kembali menyegat. Hasilnya Stoke telah disengat dengan rembatan luar kotak yang melencong melepasi jangkauan Haugaard, goli simpanan Stoke. Liverpool didepan dengan gol Moreno. Seronok awal sangat, sampai tak sangka Stoke boleh samakan kedudukan setelah Skrtel berikan sepakan percuma dikawasan bahaya. Hasilnya sepakan lencong, Shaqiri melalui kawasan tengah disambar Bojan untuk gol penyamaan Stoke. Heran sungguh, pemain kecik molek boleh tanduk bola, kat mana pertahanan kita. Sedikit terleka dan terlena. Namun tak lama kemudian Liverpool kembali didepan bila Sturridge menanduk masuk hantaran Ojo. Separuh pertama tamat dengan Liverpool 2-1 Stoke.
Separuh kedua bermula, dengan sang hero Liverpool di Signal Iduna, Origi dimasukkan menggantikan Ojo. Dengan rehat yang cukup, ternyata Origi macam harimau yang lapar. Hantaran Kapten Milner disambar Origi dengan tandukan padu melewati goli Stoke yang tertewas buat kali ketiga. Origi menambah derita Stoke dengan gol ke-4 Liverpool dengan rembatan lencong yang memang pada asalnya cari Sturridge, tetapi masuk terus kedalam gawang Stoke. Namun kredit kena bagi kat Sturridge sebab dia mengacau daun dan mengelepet pertahanan Stoke agar hilang tumpuan. Perlawanan tamat dengan 4-1.
Liverpool bukan lagi mangsa buli Stoke dan memori 6-1 di Britannia musim lepas rasanya dah terbayar. Walaupun Stoke tewas, namun mereka cukup berbahaya dengan sepakan percuma dan sepakan sudut. Sebab mereka punyai pakar sepakan yakni Shaqiri dan Abam galah, Crouch salah satu pemain yang memang bahaya dalam situasi itu. Pertahanan kita nampanya memang tidur pada gol pertama Stoke, namun selepas itu, mereka cukup bersedia dan ambil iktibar meningkatkan permainan untuk pastikan Stoke setakat dapat modal satu gol sampai tamat perlawanan.
Liverpool harus menang piala europa..atau duduk dalam kelompok enam terbaik BPL..untuk terus main dalam kelompok elit kedua liga europa musim depan..kalau tidak nama mereka akan terus tercicir pada musim 2017/2018..kelompok empat terbaik mungkin jauh..piala europa pilihan terdekat..Segala kelemahan terutama bola muntah(bola kedua) yang dirembat tak keruan..maknanya bola mentah yang belum matang untuk dimanfaatkan oleh pasukan sendiri perlu diperhatikan..inilah antara kelemahan Liverpool.Kloop dan krewnya perlu perhati hal ini
ReplyDeletebang..sy xrase liverpool dh brada di landasan baik skrg.. liv cuma menang byk sbb goli stoke mcm haprak..kalu tgk benteng liv bolos senang mcm tu pd sy xmembuktikan kemajuan ape2 pun.. cumakt diselamatkan oleh kehebatan pemain tgh yg sudi menguasai ruang dgn baik..hrpnya jgn la liverpool jual joe allen..even barcelona nak beli 50 juta pun..cuma topup sorg world class defensive mid fielder utk tapau tgh lwn..skuad liv skrg pnuh dgn kualiti tahap trtinggi cuma stop mainkan player kat luar posisi..rumusan sy pasukan kt dh cukup kuat cuma xde semangat nak jd juara..kalu prkara mcm ni xdpt di atasi..lupakan jerla champions league..
ReplyDeleteKALAU PEMAIN MACAM TAIK KUCING,JURULATIH MACAM BENITEZ PUN TAK BOLEH BUAT APA.lIHATLAH ..NEWCASLTE..BAKAL TURUN KE DIVISION SATU..BERSAMA ASTON VILLA...KLOPP PUN TAK BOLEH BUAT APA-APA..CUMA BERI PANDUAN DAN LATIHAN ..SELEBIHNYA..TERSERAH PADA PEMAIN..MEREKA DIBAYAR GAJI YANG TINGGI..SAYA MASIH TERKILAN ..KETIKA ABANG GERRARD TERJATUH..LANTAS BOLA DI SAMBAR OLEH PEMAIN CHELSEA..DI MANA MEREKA (cHELSEA) JADI JUARA DUA MUSIM YANG LEPAS..ITU BUKAN SALAH BRENDAN RODGERS..KALAU TIDAK,KITA MUNGKIN DAH JADI JUARA MUSIM ITU..NAMUN NASIB BUKAN UNTUK KITA...MUNGKIN NASIB BERSAMA TUAH ITU AKAN DATANG PADA MUSIM 2017..LIHATLAH LEICESTER MUSIM INI..TIDAK SIAPA YANG SANGKA..KEJUARAAN HAMPIR MILIK MEREKA.
ReplyDeletekalau kita perhati..gol kedua Origi tu..sebiji macam gol oleh Kenny Dalglish dan Ian Rush zaman gemilang mereka.tapi Origi siapa..nak bandingkan dengan lagenda kita tu.Origi and the gang perlu buktikan kebolehan dan keazaman mereka untuk sama dengan otai Liverpool tu.Piala Europalah medannya..Ayuhh..
ReplyDeleteThx Hanismara,
ReplyDeleteKomen yang panjang macam sebuah entri. :)
maaf..saya bukanlah mahir sangat fasal taktik bolasepak ..tapi pernah jadi pengadil zaman masih berkhidmat dulu..peminat setia the reds sejak zaman king kenny..ha..ha
ReplyDelete