Moreno too high in build-up, allows opposition winger to simultaneously cover him + pressure Coutinho. Easy counter. pic.twitter.com/hMdbUjd0B9— Ed (@edAfootball) July 2, 2016
Memang nampak gaya, nipis sangat potensi nak dapat Hector, Rodriguez atau mahupun Chilwell musim ini. Kita harus bersangka baik dengan Klopp. Dia nampak Moreno ada jalan nak diperbaiki mengikut acuan dan latihan musim ini. Jika Klopp yakin abam lagilah yakin tapi tak pasti apa ubat atau kaedah mandi bunga yang bakal Klopp buat untuk membuang sialan pada Moreno musim lepas.
Tengok rambut dah stail, harap mungkin dia takkan buat stail musim lepas lagi.
Dok perati lama dah corak permainan Moreno. Dia nak kata pemain sayap bukan nak kata pertahanan pun bukan. Kalau dalam formasi Itali dan Wales, 3-5-2 dia diposisi De Sciglio atau Neil Taylor yakni dipanggil Bek Bersayap atau Wingback cakap omputehnya. Sesuai sangatlah dengan kesukaan menyerang boleh bertahan pun boleh tapi kedua-duanya dalam ala kadar. Sebab peranannya sebagai pembantu kepada pertahanan tengah kiri dan dan pemain serangan kiri.
Tetapi masalahnya Klopp tak main cenggitu. Klopp main 4 dibawah. Peranan Moreno tak jadikan masalah secara asasnya, tetapi kedudukan beliau terlalu kedepan dalam proses bermain dari bawah memang selalu bagi masalah. Bek tengah kiri dalam keadaan tertentu nampak pemain tengah boleh terima hantaran. Tetapi jika diserbu pemain lawan dan kantoi dengan kedudukan Moreno itu yang jadikan masalah kepada pertahanan bawah. Pemain sayap lawan senang cilok kekosongan kawasan yang ditinggalkan Moreno.
Klopp kena beri perhatian untuk ajar latihan menjaga kawasan. Walaupun konsep bek kiri moden yang canggih sekarang rajin menyerang, tetapi kalau tahu bila nak berada di kedudukan bertahan dan menyerang dengan sempurna, kesilapan Moreno bakal diperbaiki. Bukan masalah sangat dia ketot dan pemain sayap lawan akan main bola lintang dari kedudukan bersilang. Jordi Alba dan David Alaba spesis toyol macam dia juga namun kewaspadaan mereka diposisi yang tepat menyukarkan penyerag lawan nak buat onar.
Belakang parang yang rata kalau kita asah akan tajam juga. Begitulah sesiapa sahaja pemain yang berkehendak nak meningkat dan membina keperibadian bakal menjadikan mereka pemain yang lebih baik dari sebelumnya. Tapi ada juga yang memang tak boleh nak berubah, itu memang kena tanjal awal-awal. Siapa tak mahu Moreno jadi macam Roberto Carlos, tetapi kalau dapat separuh dari itu pun jadilah. Jadi Moreno antara pemain lama yang bakal diberi tumpuan musim ini. Kami macam biasa akan puji bila dia bagus dan kalau dok pi mai pi mai tang tu, jangan harap nak bagi muka.
No comments:
Post a Comment