Mignolet macam kena Jackpot, kononnya pengganti beliau , Karius cedera. Ambil masa 2 bulan baru dijangka pulih. Tak ada tekanan langsung sebab yang nak cabar hanyalah kuda tua dari Austria, Manninger dan Shamal yang dah nak tukar posisi ke penyerang. Mignolet pasti bakal diturunkan dalam perlawanan ICC dengan AC Milan nanti yang merupakan bakal penampilan sulung selepas pulang dari Euro16.
Saya tak kisah dengan Mignolet. Dia masih penjaga gol yang baik walaupun tak bertaraf dunia lagi. Cuma Mignolet perlu bijak ambil peluang sementara Karius tiada. Dia kena pastikan tak merapu dan lebih berkeyakinan kerana dihadapan beliau adalah bakal gandingan pertahanan tengah yang lebih diyakini, Matip-Lovren. Malah kalau Lovren-Klavan juga kita tengok memang mantap sebagaimana mereka main bersama lawan Chelsea haritu.
The Premier League games Karius will miss due to his hand injury. #LFC (Daily Mail) pic.twitter.com/kFWRJrc4qB— Viktor Fagerström (@ViktorFagerLFC) July 29, 2016
No comments:
Post a Comment