Perlawanan persahatan kali ini merebut Piala Shankly. Ya Bill Shankly pernah mengurus Huddersfield sebelum mencipta sejarah di Liverpool. Jadi Liverpool-Huddersfield terjalin ikatan persaudaraan kerana tak rasmi. Tambahan pulak Huddersfield diurus bekas pembantu Klopp, Encik Wagner.
Karius
Randall Lovren Lucas Moreno
Ejaria Stewart Grujic
Mane Firmino Coutinho
Nama saja persahabatan tapi main tak sebegitu. Aksi fizikal mewarnai pertandingan sengit kedua-dua padukan. Biasalah bila Liverpool main bolot penguasaan bola maka pasukan lawan pasti tak nak kena buli. Nak cakap peluang banyak tak juga sebab Huddersfield main dengan bertahan rapat kedalam. Almaklumlah Wagner tahu camna taktikal Klopp.
Dekat 20 minit perlawanan barulah nampak taktikal Liverpool menjadi, pasukan lawan hilang fokus sedikit sebab mereka cuba acah acah nak menyerang. Kesempatan itu diambil Liverpool untuk memecah kesunyian. Gerakan Mane melarikan bola ditengah dan melorongkan kembali bola kepada Firmino. Dalam keadaan dihambat lawan Firmino sempat melintangkan bola melepasi Mane dan Coutinho. Tetiba Grujic sampai dikawasan penalti dan merembat masuk gol pembukaan Liverpool.
Grujic mengingatkan kita kepada Abam Gerrard. Kita tanak buat persamaan melulu, takut Grujic terbawa-bawa perasan akhirnya bukan sama mac Gerrard tapi jadi macam Biscan. Potensi yang ada pada Grujic kadangkala kita lupa dia baru sebulan tak sampai di Liverpool. Mungkin inilah salah satu asbab Liverpool nak sangat lepaskan Pemain tengah terbaik Eropah, Joe "Pirlo Xavi Zidane Platini" Allen. Awas sekali lagi jangan seronok awal, biarlah Grujic buktikan dulu kemantapan beliau.
Liverpool dapat peluang menambah gol. Mane dijatuhkan oleh penjaga gol Huddersfield. Penalti dihadiahkan dan Coutinho kedepan nak sumbat gol peribadi pertama musim ni. Tapi helah Coutinho gagal, pembacaan goli lawan tepat, sepakan Coutinho ditepis keluar. Liverpool persia-siakan peluang. Jadi kita kena cari penembak penalti baru lepas ni. Mane memang ohsem dalam gerakan yang manyaksikan insiden penalti itu. Jadi kesimpulan saya rasa pemain tengah kena rajin tengok dan bagi Mane lorongan bola sebab Mane boleh potong bek lawan dengan rempitan pantas.
Karius
Alexander Wisdom Lovren Moreno
Stewart Lucas
Markovic Woodburn Kent
Ings
Separuh kedua bermula dengan pengekalan Karius, Lovren, Moreno, Stewart dan Lucas . Lucas berubah posisi main tengah bersama Stewart. Alexander main dikanan posisi baru beliau pra-musim ni. Pasukan B ini tak nampak garang dari pasukan A, sebab nampak Huddersfield dah makin garang naik menyerang. Mereka pula dominasi penguasaan bola. Peluang banyak lawan cuba usaha istiqamah menyerang tapi bek Liverpool menyerap serangan dengan tenang. Karius main sebegitu hensem sehensem orangnya.
Jangan ingat Liverpool main takut, tetapi itu plan rahsia sebab Liverpool main corak serang balas pula. Sebelah Kent memang sedap menyerang sampaikan Liverpool mendapat laba dari kepantasan dan kelincahan pemain muda yang nama sama dengan rokok idaman masa muda-muda dulu. Kent merempit dari kiri dan cuba selit masuk kedalam kotak penalti, tetapi bek lawan tak ada daya nak buat terpaksa kepit kaki Kent dan penalti dihadiahkan. Tak menyangka Toyol yang ambil penalti, dan dia dengan tipu muslihat menewaskan goli lawan untuk gol kedua Liverpool.
Liverpool dah dapat Trofi tak rasmi musim ini. Dan pasukan akan bergegas ke USA untuk kejohanan persahabatan yang lebih mencabar. Pemain-pemain yang rehat sebab main di Euro16 akan bersama geng ini disana termasuk pemain baru Ragnar Klavan. Rasanya kita harap Wijnaldum turut serta nanti. Begitu juga Hector sebab ada bau bau kentut Liverpool sedang berbincang secara rahsia nak bawa Bek Kiri Jerman itu ke USA. Harap itu bukan cekelat angin.
1.makin panjang pulak nama allen nie.hahahaha...
ReplyDelete2.wujud lagi ke rokok kent nie.hahahaha...
1. Sejak habis Euro, makin femes Allen
ReplyDelete2. Skrg syarikat John take over kot
Kahkahkah.. toyol nama jolokan dia ke? Baik letak nama badol lagi sdap bang.. haha
ReplyDeleteToyol ok apa.. ingat nak bubuh gelaran Baguk saja
ReplyDelete