Sementara tunggu perlawanan dengan Chelsea, 2 hari lagi Staf Liverpool dijemput Staf Universiti Stanford untuk perlawanan persahabatan. Ramai juga staf utama yang main, seperti Klopp sendiri, Peter Krawietz (Pembantu Jurulatih), John Achterberg (Jurulatih penjaga gawang), Pepijn Lijnders (Jurulatih pembangun sukan) Ruben Pons dan Rithie Partridge (Pegawai Fisioterapi) dan 7 staf lain yang tak dinyatakan. Zeljko Buvac tak main, mungkin atas sebab kecederaan lampau atau bersama pemain-pemain jalan-jalan makan angin.
Perlawanan berkesudahan seri 1-1. Boleh tahan juga keputusan sebab kita tengok gambar rata-rata pemain Uni Stanford muda-muda belaka. Manakala Staf Liverpool nampak veteran ramai. Dimaklumkan Klopp bermain dalam tiga posisi. Mulanya main penyerang, lepas tu ditengah dan akhirnya pertahanan. Krawietz tak pernah main bola secara pro tapi terpaksa main kot sebab terpaksa ganti Buvac, pemain tengah menyerang pada zaman kegemilangannya. Pepijn Lijnders, juga kaki bangku main sebagai pertahanan.
Penjaring gol untuk Liverpool adalah pegawai Fisioterapi, Ruben Pons yang juga tak pernah main bola secara profesional. Tapi dengar cerita gol yang dijaringkan adalah jarak jauh dari kawasan Liverpool masuk kegawang Stanford. Rithie Partridge yang juga Fisioterapi nyaris-nyaris dapat cipta kemenangan tetapi bekas pemain remaja Liverpool itu terkantoi sebab lama sangat dok gantung but barangkali. Kalau ada lintas lansung perlawanan ni kan seronok.
No comments:
Post a Comment