Korang tahu tak ada perangai kapitalis juga pengurusan Liverpool ni. Brad Smith musim lepas menyentap dan buat perangai tak nak sambung kontrak. Diorang pujuk cakap yang Smith tak perlu risau, Moreno main terok dan pasti Smith ada peluang cerah nak dapat sekurang-kurang pun bekap utama bek kiri. Tektik beri peluang main sekali sekala membuahkan hasil, Smith sambung kontrak baru.
Pihak Liverpool tahu Smith dah jadi pemain antarabangsa Australia. Potensi beliau boleh pergi jauh, tapi kena main kerap. Malah potensi nak buat duit pun ada dalam pala otak mereka. Nak pinjam keluar ke kelab Liga Perdana sukar sebab tak banyak kelab nak ambil risiko pinjam meminjam. Bukan sebab pemain itu tak bagus, tapi komitmen pemain pinjaman dan pemain tetap berbeza. Jadi bila Bournemouth cakap nak beli , pengurusan tanya Klopp dan beliau setuju debgan syarat letak klausa beli balik.
Sebenarnya tak pelik walaupun bek kiri memang isu besar sebesar 1mdb. Jika Klopp setuju jual Smith ini isyarat, bek baru utama akan dibeli. Bila tengok berita, Chilwell bukan sebab dia nak lanjut kontrak. Hector pula Koln nak pau harga melampau. Jetro Willem dinafikan kelab. Maka kita bakal tunggu satu lagi pembelian misteri yang penuh kerahsian dan beri kejutan. Moreno jangan seronok awal sebab saingan beliau keluar, tapi dia pasti panas jubor jika pembelian baru adalah bek kiri yang mampu menggugat beliau.
Panas jubor? Itu dah tahap kronik dah tu bro.boleh mengakibatkan sembelit dah terus ke buasir.
ReplyDeleteBlom buasir cuma buang air tak lawas. Sbb dgr citer nk beli backup juga. Kalau mai yg world class baru buasir btol Moreno
ReplyDeletebrad smith ni lagi banyak main wakil australia utk tahun ni dari main utk liverpool
ReplyDeleteSbb tu Bournemouth berani gamble sbb dia pemain antarabangsa.
ReplyDelete