Liga bolasepak remaja untuk kelab-kelab Inggeris telah dirombak. Bukan sebab bosan sebab Menyu asyik menang, tetapi mungkin nak kuatkan akar umbi terutamanya pemain remaja Inggeris yang tidak dapat peluang dalam pasukan utama. Jangan heran perancangan Persatuan Bolasepak Inggeris yang macam meniru format Piala Presiden yang dibuat Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM, sejak 1985 lagi. Mungkin kebetulan sahaja. Kalau dulu format bawah-21 tetapi kini dipertingkatkan kepada bawah-23. Setiap pasukan boleh letak 3 pemain terlajak umur dan goli juga.
Dalam perspektif perancangan pembangunan bolasepak remaja Liverpool format baru ini memang banyak beri kebaikan. Pemain-pemain yang berpotensi dapat merasa bermain dalam kejohanan ala pemain senior. Bukan setakat liga, pasukan bakal bermaian dalam Piala Liga, Piala Antarabangsa Liga Perdana dan juga Trofi EFL (dulu dikenali sebagai Trofi Johnstone's Paint). Tudia banyak betul pertandingan dan pemain akan main sampai muntah dan ramai pemain yang bakal terlibat dari umur 23 tahun sehingga yang paling muda. Michael Beale adalah pengendali skuad bawah-23 nanti.
Namun begitu pemain-pemain muda terbaik tetap juga akan dipinjam keluar contoh macam Ryan Kent, dan beberapa pemain lagi. Antara sebab logikal pemain tersebut perlukan perlawanan dengan pemain lebih tua dan berpengalaman walaupun dalam liga bawah dari Liga perdana, bagi berikan mereka persediaan bagi diserapkan kedalam pasukan utama. Kita harap Liga baru ini dapat percepatkan pembangunan pemain muda macam Ejaria, Arnold, Woodburn dan Shamal untuk jadi pemain utama, selari dengan cara Klopp dan falsafah FSG yang lebih gemar melabur dalam bolasepak remaja.
Divisyen 1:
Arsenal, Chelsea, Derby County, Everton, Leicester City, Liverpool, Manchester City, Manchester United, Reading, Southampton, Sunderland, Tottenham Hotspur
Divisyen 2:
Aston Villa, Blackburn Rovers, Brighton & Hove Albion, Fulham, Middlesbrough, Newcastle United, Norwich City, Swansea City, Stoke City, West Bromwich Albion, West Ham United, Wolverhampton Wanderers
No comments:
Post a Comment