Dari mula Klopp masuk kita dah tahu Benteke memang takkan serasi dengan taktikal. Dia bukan tak berusaha tetapi semua macam tak menjadi. Nak kata cikai sangat taklah sangat tetapi 10 gol tak memadai sebab banyak sangat kantoi peluang mudah. Sebelum ini Crystal Palace memang beria-ria nak tapi lamaran £25 juta Pound ditolak mentah-mentah. Malah ada versi lain mereka datang dengan lamaran tambahan mencapai hampir £30 juta Pound, tapi FSG tetap mahu tak kurang dari nilai asal £32.5 juta Pound.
Dengar cerita terbaru Crystal Palace taknak teruskan hajat bida Benteke tapi mengalih pandangan kepada penyerang WBA, Saido Berahino. Nampak kalau mereka dapat Berahino, hancurlah harapan Benteke nak main dengan pasukan yang begitu sesuai dengan corak beliau. Malah saya rasa pengurus Palace, Pardew adalah insan yang pandai guna pemain tinggi macam dia buat dengan Carroll di Newcastle sampai kita kena tipu sampai lebur duit £35 juta Pound.
Benteke juga dibawa bersama ke USA bersama geng Euro16, Belgium lain Mignolet dan Origi. Mahu tak mahu, Klopp terpaksa simpan Benteke sebagai penyerang ke-4. Mungkin sementara atau hingga Januari masih belum pasti. Memandangkan ketiadaan perlawanan Eropah musim ini, tipis sangat Benteke nak dapat peluang sebab Origi nampak sebagai Plan B, pemain sasaran bola tinggi.
Lain pula dengan cerita Balotelli. Sejak awal lagi Klopp dah bising-bising dengan Balotelli suruh dia cari kelab lain. Takkan diberi peluang sejak dari perlawanan pra-musim pertama lagi. Kalau Balo tak deman tinggi, dia boleh bersama-sama Pelle di Liga China. Dapat balik modal juga dan silap-silap Balo boleh dapat melipat kali ganda gaji dari sekarang. Yang jadi penghasut ialah Ejen beliau Riola nak harap kelab besar Eropah ambil Balo.
1.takde ape2 komen
ReplyDelete2.takde ape2 komen jugak lah
3.ape ke hey serius benor entry kali nie?langsung takde lawok nye.
Ape yob ingat ni blog citer pasal Raja Lawak ke. Ni pior citer pasal bola. Adoyai tumpo teman
ReplyDelete