Benteke dah jadi pemain Crystal Palace jika benar mereka bayar £30.5juta tunai. Tetapi pengurusan Palace main akal, bida Benteke cuma £23juta tunai dan lagi £7juta dengan nilai tambahan bersyarat. Ada syarat lain yang tidak dinyatakan secara terperinci mungkin dalam OSA, namun, yang paling menggelikan ketiak ialah dari £7 juta, £2.5juta - Jika Crystal Palace layak ke Liga Juara-Juara. Jangan gelak dulu, Pardew mungkin berinsprirasi mereka akan meng"Leicester"kan Crystal Palace musim ini.BREAKING: Christian Benteke has reportedly signed for Crystal Palace for £25-30 million pounds... pic.twitter.com/3Se6Net1qB— BenchWarmers (@BeWarmers) August 11, 2016
Malahan mereka yakin nilai tambah itu sangat logik. Pardew belajar dari sifu Wenger dalam bab-bab nak bida pemain dengan cara muslihat. Dulu Wenger penah bida Luis Suarez dari Liverpool, £40juta + £1 pound, padahal kalau mereka bagi paling kurang £60 juta, mudah cerita silap-silap Suarez dah pegang Medal Liga , Liga Juara-Juara atau Piala FA dengan Arsenal. Lepas tu Wenger cuba muslihat baru dengan buatkan Lyon, lepaskan Lacazette dengan £35juta. Padahal West Ham bida £40juta sebelum ni mentah-mentah Lyon tolak.
Betul Klopp tak nampak Benteke dalam perancangan dan taktikal beliau. Tapi nilai semasa Benteke termasuk kontrak, rasanya masih dalam lingkungan £30juta. Ada kelab lain yang nak tetapi kebanyakan hanya nak pinjaman semusim. Paling terbaru West Brom, itupun bergantung kepada masa depan Solomon Rondon yang katanya dipantau Barcelona. Kelab China mahu dan bersedia dengan harga tetapi masalah Benteke taknak kesana. Namun menurut orang dalam, Palace acah-acah dulu, kalau tak boleh makan mereka bagi juga apa yang Liverpool minta.
No comments:
Post a Comment