Tahun ini kita punya. Ayat yang digunakan bila nampak pasukan kita macam hebat sikit dari musim sebelumnya. Prestasi pasukan kita memang kita nampak hebat, tetapi kita jangan lupa pasukan lain juga sedang berusaha untuk perbaiki masalah mereka musim lepas. Klopp sedang berusaha sebaiknya, menyingkirkan pemain yang tak ada harapan dalam perancangan beliau dan beli pemain yang secara teori, adalah pemain yang rajin, bekerja keras dan perlu dalam falsafah gegenpressing. Harga sesetengah mahal macam Mane dan Wijnaldum, tetapi ada yang murah dan percuma macam Klavan dan matip.
Mari kita lihat dengan persaingan sengit musim ini. Menyu dengan Mourinho,nampak garang berbelanja, tetapi itu memang cara Mourinho dan menyu sejak berzaman untuk beli kejuaraan.. Guardiola muka baru untuk Man City, nampak tenang, dengan pembelian munasabah, walaupun mahal. Conte tak berbelanja mewah macam Mourinho dan Pep, teapi dia punyai skuad baik dan seakan skuad Itali. Cuma Arsenal dan Wenger, sedang bermesyuarat demi mesyuarat lagi selepas beli Xhaka. Belum ada kat putus lagi, mungkin nak tunggu malam terakhir pintu perpindahan.
Kita nampak cetak biru Klopp dalam permainan dan taktikal sangat mengujakan. Tetapi perancangan itu rasanya baru bermula musim lepas fasa percubaan resipi guna bahan orang lain. Musim ini perancangan dalam fasa kedua, resipi sama, tambahan bahan yang lebih baik dan buang bahan kurang berkualiti. Saya sendiri tak nak beri pandangan awal sebab ada beberapa aspek yang masih perlu diperbaiki yakni posisi kritikal macam bek kiri dan posisi .
Dengan itu macam biasa setiap permulaan musim kita kena ada sasaran. Kelab punya sasaran kita tak tahu mungkin mereka tak mahu beri tekanan lagi kepada Klopp. Tetapi sebagai peminat, kita punyai harapan dan sasaran tertentu mengikut pendapat masing-masing. Sila buat undian pada ruangan undian kat sebelah blog ini. Kita nak tengok apakah pendapat majoriti peminat akan sama dengan penghasilan akhir musim ini. Undian ini ditutup sampai habis musim.
No comments:
Post a Comment