Kita marah dengan prestasi Moreno, tetapi taklah sampai hilang kewarasan. Moreno ada kelemahan, tetapi jika Klopp kata Moreno kekal, Moreno layak kekal. Klopp tahu kelemahan Moreno, tetapi jika dia tak singkirkan Moreno, maknanya dia ada solusi sendiri. Jawatan Pengurus yang diambil satu tanggungjawab berat. Kalau Klopp nampak Moreno jadi bebanan sampai boleh jadikan Liverpool nak jatuh liga, awal lagi dia pancung macam Skrtel.Alberto Moreno to get Liverpool relegated!?: https://t.co/mD9CuvNldU— Metro Sport (@Metro_Sport) August 15, 2016
Gareth Crook memburukkan nama baik BBC, syarikat penyiaran lejen ala RTM. Crook membuat andaian semberono, tentang Moreno hinggakan kenyataan kontroversi. Jika dia cakap Moreno pemain hampeh, semua setuju. Tetapi cakap dengan ada Moreno, Liverpool bakal lenyap dari Liga Perdana dan Liga kejohanan menanti itu ramai yang bangkang. Secara logik seorang pemain bek kiri takkan memburukkan keadaan, kecuali terbukti Moreno makan rasuah duit bookie itu cerita lain.
Moreno tak seteruk sangat walaupun dia buat silap, rasnya dia masih tak seteruk Konchesky dan Traore. Sebenarnya saya dah buat kajian ilimiah dari arkib Universiti Youtube, tengok balik Moreno kat Sevilla. Apa yang saya hairan dia cemerlang di sana, malah Messi pun payah nak lepas. Moreno memang tak tere bertahan dulu kini selamanya, tetapi cara Sevilla dengan pemain tengah dan sayap banyak tutup ruang Moreno memang ohsem. Jangan lupa kita berjaya cilok beliau dari saingan Barcelona dan Real Madrid kot.
Pemain macam Moreno tak tentukan jatuh bangun pasukan, tetapi yang jelas ialah Klopp sendiri. Sebagai pengurus dia perlu bertanggungjawab sepenuhnya keatas setiap keputusan, dari taktikal dan pemilihan pemain. Malah lebih dari itu ialah pembangunan insan pemain sendiri. Jika Klopp yakin dengan Moreno, pasti dia ada solusi menang-menang. Kita sebagai peminat boleh hadam saja. Tetapi jangan anggap kita nak dok diam kalau Moreno buat tahi lagi. Kritikan membina bukan menghina.
No comments:
Post a Comment