Jangan nak banding lebih-lebih. Pasukan letih lawan pasukan cergas. Itulah penghasilannya 4-0. Tak sampai 24 jam lepas perlawanan dengan Barcelona kena ambil penerbangan ke Jerman. Rasanya letih dalam perlawanan Barcelona masih tak hilang. Sebab itulah kita tengok majoriti pemain dah hilang gas walaupun baru beberapa minit perlawanan. Malah pemain macam Grujic sejak awak lagi dah lompat jatuh lompat asyik jatuh.
Bila ditanya kenapa gagah jua main dengan Mainz. Menurut sumber, Liverpool terpaksa cari slot terbaik nak selit perlawanan ini kerna salah satu syarat dalam pembelian Karius dari Mainz. Sebab itu kita nampak kelibat Karius dirakam bersama ribuan peminat Mainz. Pihak Liverpool patutnya kena ejas perlawanan ini sebelum bertolak ke lawatan Amerika Syarikat. Tapi apa nak buat Mainz juga ada jadual padat jelajah ke Itali.
Saya tak sentap dengan keputusan. Biarlah keputusan kalah kepada Mainz jadi iktibar buat pemain simpanan bahawa mereka perlu bekerja keras nak dapat tempat dalam kesebelasan utama. Malah Matip yang diwar-warkan calon otomatik, kena akur Lovren dan Klavan jauh lebih mantap dari beliau. Malah pemain macam Wisdom rasanya buang masa diberi peranan sepanjang pra-musim. Lansung tak berkenan tgk dia main tak kira jadi bek tengah atau kanan.
Kita masih menunggu sampai bila bek kiri nak sampai. Moreno lagi sekali gagal memikat hati. Kita tak kritik beliau bukan tak suka, tetapi dia masih tak perbaiki corak permainan. Hinggakan Milner dah potong kiu, jadi bek kiri utama. Nasib Moreno dia potong kat kona , sebab Milner jatuh sakit kat pusingan terakhir. Saya tak spesifik cakap perlawanan Mainz sebab dia ada alasan letih, tapi keseluruhan sejak musim lepas lagi.
Apa yang penting dapat disimpulkan Klopp masih mampu tersenyum sepanjang perlawanan. Kita takut dia tawa dalam tangisan, dalam hati dia ada dok taram sesiapa yang tak memuaskan hati. Lagi satu kita lega sebab hanya beberapa pemain yang cedera, tetapi bukan pemain utama. Kiranya persiapan akhir untuk lawan Arsenal di Stadium Emirates kita hadapi dengan tenang, berbanding Arsenal yang ditimpa bala walaupun menang dengan Man City, tapi terpaksa bayar harga yang tinggi dengan kehilangan Bek tengah lagi sekor.
No comments:
Post a Comment