Aku kutip dari twitter mamat penulis dari caughtoffside. Sekadar rangkuman jadual kat atas bukan nak tonjolkan siapa hebat semasa pra-musim. Kalau ikut jadual Crystal Palace paling banyak kutip mata dan Liverpool ditangga ke-2. Kontras pula dengan Man City paling corot dengan pungutan mata. Itu semua diambil secara pukal sebab kesemua kelab tak sama jumlah perlawanan.Premier League table based on preseason results— Robert Summerscales (@robsummerscales) August 11, 2016
1 #CPFC
2 #LFC
18 #LCFC
19 #THFC
20 #MCFC
I know it's meaningless! pic.twitter.com/uBoN81wURf
Jelas semua itu tak bermakna apa-apa nak banding-banding. Kita tengok Klopp dah bagitahu pra-musim sekadar nak cari kecergasan. Memang pemain nampak berusaha, terutamanya pemain muda, dimana persembahan mereka nampak setaraf pemain senior. Ejaria, Kent dan Woodburn serta Trent-Arnold, muka baru diketengahkan dan tak menghampakan.
Terdapat fasa awal dan fasa penutup dalam pra-musim kali ini. Fasa awal, campuran pemain akademi dan pemain senior yang tak pergi ke Euro16. Rata-rata perlawanan disekitar kepulauan British dengan pasukan corot. Fasa terakhir bertemu pasukan yang sama kuat, bermula jelajah di Amerika Syarikat dan juga di London dan berakhir di Jerman.
Rasanya Klopp berpuas-hati dengan prestasi dan kecergasan pemain. Dia dah hampir dapat cetak biru tentang kesebelasan utama dan taktikal dengan pemain sedia ada. Apa kita harap sepanjang perlawanan pra-musim kena perbaiki sebelum musim sebenar bermula. Tambahan kena tengok balik perlawanan dengan Chelsea yang pada saya tak patut kalah.
Keputusan penuh pra-musim Liverpool
Tranmere Rovers 0–1 Liverpool
Fleetwood Town 0–5 Liverpool
Wigan Athletic 0–2 Liverpool
Huddersfield Town 0–2 Liverpool
Chelsea 1-0 Liverpool
Liverpool 2-0 Milan
Liverpool 1–2 Roma
Liverpool 4-0 Barcelona
Mainz 4–0 Liverpool
teka bola ade lg ke tak?
ReplyDelete-cucu mak leha-
tudia ex-pemenang teka keputusan yg lepas dah bersuara. nak repeat back to back champion kot?
Deletehahahaha..ini jela aktiviti saya tuan admin.. nak main fantasy mmg tak reti..klu nk teruskan teka bola..hajat dihati nk jadi juara sekali lg..hehehe
Delete-cucu mak leha-
blom nak tulis pasal ni brader dah tanya dulu.
ReplyDeleteRasa-rasa nak terus atau fokus kepada primierleague fantasy saja?
Buat dua2 sekali bro.alang2 dah bagi hadiah,biar kopak poket admin.hahahaha...
ReplyDeletedok sembang kuat bagai..rekod kami menunjukkan encik awangTHRASHER sangat jarang teka. Kalau teka pun selalu kelaut. Ada berani buat terrer kali ni..hahhaa
DeleteCis,pantang anak petani moden mengundur kalah...tak pandai teka bro.itu yang teka asyik ke laut.tapi,kali nie gua akan teka bro.ke laut pun ke laut lah.janji gua teka.
DeleteErr...hadiah ape bro?percutian ke penang ke?
Semangat camni la kitaorang nak..
Deletetapi jgn jadi cam Solat Terawikh..
awal2 saf penuh..last2 tinggal satu saf je..
hadiah murah je.. tapi cukup bagi kenangan terindah buat pemenang.
Hrp d trskn teka kptsn.. Wlupn musim lps sy dpt 3 point je... Hehe support Liverpoolkita Bro bru lyk jd blog liverpool fan.. Sbb ada teka kptsn utk team liv.. X thula blog football fan lain ada ke tak mcm blog bro ni.. Tabik spring..
ReplyDeletekorang tau tak pemenang musim lepas, "cucu mak leha" dapat 12pts bukan sebab dia power teka.
ReplyDeletetapi dia istiqomah meneka, jarang ponteng itu je yg saya tau.
Kalau dia main bomoh siam itu tak tahulah
Bomoh siam len mcm bnyi.. Hbs 2.. Sy y jd champion season 2 musim lps pn bomoh siam gak lah 2 hehehe.. Kta tgk musim ni bomoh siam sapa lg power na..
DeleteGunalah apa ilmu hitam, jentera , jurus, cheat code atau orang dalam. Peraduan ni mcm WWE Royal Rumble.. takda law
Delete