Nak tulis panjang pun gamaknya tak ramai nak baca memoir si Benteke. Nak kata gagal sepenuhnya dia jaringkan 10 gol musim lepas berbanding, Balotelli musim sebelum itu hanya sebiji gol. Cuma apa yang dikesalkan beliau dibeli hanya untuk Plan B oleh Brendan Rodgers. Plan B yang mahal, yang kurang sesuai dengan tiki-taka Brendan. Dia juga nampak taks sesuai main penyerang tunggal dalam formasi 4-3-2-1.
Saya pernah tulis yang baik-baik tentang beliau semasa nak beli dengan tajuk. APAKAH JIKA BENTEKE DIBELI DAN NGAM . Saya buat andaian beliau mungkin gagal pada awal mukadimah, tetapi jika dah jadi pemain Liverpool kita wajib mengharap terbaik seadanya. Brendan sendiri amat yakin dengan pendirian beliau, hinggakan ada calon lain ketika itu, dengan harga lebih berbaloi seperti Carlos Bacca dan Solomon Rondon.
Macam kes kahwin pilihan orang tua. Betul ada yang kekal bahagia hingga Jannah. Tetapi ada kes kahwin sebulan dah cerai, kiranya Benteke dimata peminat Liverpool macam kahwin paksa. Bila bapak suruh kahwin dengan Haji Bakhil (Benteke), ramai bangkang tetapi ada juga Makcik Bawang yang setuju. Haji Bakhil baik hati tapi tak mampu berikan nafkah batin jadi, jadi nak teruskan tak guna kena cerai untuk kebaikan semua. Jadi Haji Bakhil pergi kepada Peah Janda (Palace) yang mungkin rasa sesuai sebab monopos.
Apappun juga Benteke pergi ke kelab yang macam sesuai dengan beliau. Benteke bukan pengganti Bolasie, sebab Bolasie main sayap tetapi Benteke hanya penyerang tak boleh main posisi lain. Tapi yang jelas duit jual Bolasie yang diguna buat modal beli Benteke. Kita kena berterima kasih dengan jiran kita Everton sebab tolong permudahkan urusan. Akhir kalam kita harap Benteke berjaya di Palace dan jangan nak dendam-dendam bila datang ke Anfield.
No comments:
Post a Comment