Susah juga nak terima hakikat Spurs sejak 10 tahun lepas sudah jadi pencabar kita yang sengit. Zaman mula-mula minat Liverpool 90an, pasukan kacau daun yang kita rasa tercabar bila berada bawah mereka ialah Newcastle dan Aston Villa. Sekarang ni dua ekor tu dah melingkup jatuh ke Liga Kejuaraan. Sekarang Spurs pula dah berada dalam posisi 6 keatas dalam sekali-sekali terselit juga dalam kelompok 4 terbaik dan layak ke Liga Juara-Juara. Musim lepas rasanya mereka bersemangat nak menang Liga dan hampir juga, tetapi semangat sahaja tak cukup, mental tak kuat sama macam pasukan kita masa Brendan hampir nak menang Liga.
Kekuatan Spurs tak bergantung pada pemain England, hatta Kane menjadi penjaring terbanyak EPL musim lepas. Tetapi pemilik England mereka adalah jutawan yang kurang gelemer berselindung sebalik ENIC. Kita kenal Daniel Levy tapi dia proksi sahaja kepada Joe Lewis, sahabat baik kepada George Soros. Joe Lewis terlibat secara langsung dengan tragedi "Black Wednesdey". Mereka mengaut untung dalam tragedi tersebut yang juga melingkupkan matawang Pound. Ketika itulah ada yang lapor Encik Lewis mengaut untung lebih dari Soros. Rasanya Encik Lewis juga terbabit dalam Krisis Matawang Ringgit dalam tahun 1997 namun kita hanya dengar Tun Mahathir, hanya petik nama Soros sahaja. Lewis selamat , kalau tak pasti 1Malaysia akan membenci Spurs hingga kini.
Boleh dikatakan Spurs kelab kaya di EPL dan dunia tetapi pemilik mereka banyak duit. Namun cara mereka berbelanja nampak cermat. Mungkin kerana pemilik adalah pedagang matawang. Mereka tak kisah jual-beli pemain terbaik mereka janji ada untung. Kita tengok cara penjualan pemain terbaik mereka Bale, tetapi mereka tak beli mahal pun ganti. Cuma bertuah dapat pemain dari Akademi Harry Kane. Modric dulu belah, mereka dapat Eriksen yang juga tenaga kreatif dan peyumbang gol juga. Musim ini Spurs daha masuk Liga Juara-Juara, mereka masih tak beli pemain mahal. hanya beli Wanyama dan Janssen. Tapi bab pembelian Wanyama saya terkilan, sebab apa Liverpool tak beli beliau dari Soton. Padahal bukan kita tak boleh beli sebab Soton Akademi bolasepak bersekutu Liverpool.
Liverpool pula masih dalam terma "Work In Progress". Bangunan dalam pembinaan, takberapa lengkap lagi. Skuad ada sekarang masih kurang 2 posisi kritikal untuk di isi oleh pemain utama. Namun Klopp cakap dia puashati dengan opsyen sedia ada. Ikut suka dialah. Dia masih ada banyak masa katanya, nak pelan-pelan kayuh tak mahu beli kejuaraan dengan wang ringgit, tetapi nak bentuk pasukan dari bawah. Dengan itu kita harap yang terbaik untuk pemain yang dalam pemerhatian malas nak sebut nama, takut ada peminat lain yang sentap. Tapi sebelum pintu perpindahan tamat kita simpan dulu sebarang komplen, manatahu Klopp sengaja nak bagi sapen
Mignolet
Clyne Lovren Matip Moreno
Hendo Stewart
Mane Firmino Lallana
Sturridge
Kecederaan Emre paling bagi kita risau. Kalau dia ada kita tahu Henderson mesti main Ok sebab ada pemain yang bekap bahagian bawah. Tapi kalau Wijnaldum juga yang ganti tak berapa nak seronok sebab mereka tak serasi masa lawan Burnley. Stewart calon sesuai takpun Grujic. Coutinho ditimpa malang semasa lawan Burnley tak dapat beraksi lawan Spurs. Lallana mungkin sekali lagi main sayap kiri macam lawan Burton. Barisan pertahanan rasanya ada rombakan. Matip bakal ditampilkan buat kali pertama dalam liga setelah gandingan dengan Lovren berjaya kekalkan perlawanan tanpa bolos. Dengan Kecederaan Origi , sekarang Sturridge tak payah nak minta posisi penyerang utama. Tak ada calon lain dah sebab Firmino ambil alih tugas Coutinho sebagai perancang utama.
Tot 1-2 Liv
ReplyDeleteSpurs 2 - 0 Liv
ReplyDelete-stan-
Spurs 1-3 Liv
ReplyDeleteini kali la!
#ynwa
masa Burnley pon ini kali la juga Paktam...
Deletealih2.. lain kali lo
hahahaha..
hahaha..
Deletesy optimis..
menjadi la ni..
Amin...
tot 0 liv 1
ReplyDeleteliv akan mengekalkan corak cemerlang dengan team kuat
wait and see.. nama pun ramalan dari rekod mungkin ada betul pandagan bro
DeleteSpurs 1 - 1 Liverpool
ReplyDeleteTot 2-3 Liv
ReplyDeleteTiticamara
Spurs 0 - 3 LIV
ReplyDeleteSpurs 2 - 1 liv. Tukar team lain yolah bang kih3
ReplyDeleteNi kalo betul teka tak rugi ke..
Deletespurs 0-2 liverpool
ReplyDelete-azhar ynwa-
Spur 2-3 liverpool
ReplyDeleteAleym
Spurs 1-2 Liverpool
ReplyDeletespurs 0 - 2 Liverpool
ReplyDeletekumai..
lvp 3-2 sprs. risau jugak nengok defender lvpl ni yg asyik bocor
ReplyDeleteSekarang tak dapat lagi setup terbaik back4 terbaik
DeleteRasanya kalau Clyne Lovren Matip Milner ok kot
Spurs 3 - 2 Liverpool
ReplyDelete- Carl -
terlalu merendah diri..tapi ok,
Deletemain away tak boleh nak megah diri sangat.
Bro Carl mesti bajet Kane menjadi game ni kot.
Spuih 1-2 Liverpool..
ReplyDeleteAmbil hikmah biarla klh awl lwn burnly.. Jgn klh last2 game mcm season 13/14 y memupuskn pluang juara kta.. Still ble pbaiki team sbb msa msh ada season bru start.
Hikmah tersembunyi harapnya. Kalau tak ambil iktibar Spurs akan ambil peluang
DeleteSpurs 1 -3 liv
ReplyDeletePlease Win ..
ReplyDeleteSpurs 0 - 2 Liverpool
-EncikNurud-
Seri 2 - 2
ReplyDeleteTuan tanah harap2 tekaan ini diterima sbb nak dekat kickoff..
ReplyDeleteSy terlupa..
Spurs 2-4 liverpool
-rajamerseyside-
Spurs 3-4 The Reds
ReplyDeleteTahniah Khairul Bell
ReplyDeletePeneka tepat untuk perlawanan ini
pemenang pertama dari 3 pertama.
Peluang masih terbuka