
Seperti yang dijangka, pasukan kita tak layak ke Eropah dan kali terakhir ianya berlaku 12 tahun lalu. Namun buang yang keruh ambil yang jernih. Musim depan mungkin kita akan fokus dengan bolasepak Inggeris sahaja. Kenny Dalglish perlu memperkuatkan barisan utama dan juga pemain skuad. Saya rasa tumpuan untuk membeli pemain yang beraspirasi dan motivasi tinggi perlu.
Kuda tua macam Joe Cole, Jovanovic, Poulsen dan Koncheshky, Jones serta Aurelio dan tak lupa Kargiakos patut dikeluarkan. Musim ini mereka kurang memberangsangkan. Lebih baik serangpkan pemain muda macam Conor Coady, Raheem Sterling, Suso serta beberapa pemain skuad remaja yang boleh dijadikan pemain simpanan. Hasil tuaian akademi musim ini agak memberangsangkan dengan penampilan Flanagan dan Robinson.
Saya rasa amat lega setelah musim ini tamat. Namun cara pengakhirannya agak sumbang. Mungkin ini taktik Kenny untuk sengaja tidak mahu melayakkan diri ke Liga Europa, siapa tahu. Namun musim depan mungkin agak mencabar kerana untuk perebutan 4 terbaik bakal menjadi saingan 6 pasukan termasuk kita. Untuk itu pertarungan mendapatkan pemain hebat pasti akan menjadi saingan setiap pasukan. Tak sabar melihat kesebelasan utama musim depan adakah sama atau rombakan drastik akan dilihat.
x sabaq tunggu seaseon depan
ReplyDeletetgk dlam gambar fan LFC leh gelak2 lagi..
ReplyDeletemaknanya .. konspirasi no Europa btol kot..
rasenyer mcm ade kelibat capten gerrard di situ klu x salah la
ReplyDeletegerrard kapitan berjiwa rakyat....hehhe
ReplyDeleteGerrard ke tuh?
ReplyDeleteLiverpool tetap juara 5 kali Eropah!!
ReplyDeleteJgn lupe angka 19 hnya domestik jer..
betul tu..rase2 kalau kita belek2 kata King Kenny, REDS macam sengaja jer tak nak masuk Europa League. Maybe,King Kenny punya strategi nak perkuatkan team REDS utk rebut piala Liga tu, baru pikir pasai aksi luar...Apa2 pun think positif,YNWA! p.s: Dlm gambar tu, Kapten kita bersama2 fan REDS semua SENYUM bahagia...mcm x kisah pun kalah...hahahhaha
ReplyDeleteliverpool 1 - aston villa 0?
ReplyDelete