Kalau Lucas pemain terbaik musim ini, lawannya mesti pemain terburuk musim ini. Buruk rupa macam Spearing tak apa janji diberi peluang dia main sungguh-sungguh. Tapi buruk permainan macam Joe Cole, saya pun pening. Hampir kebanyakan pengulas boasepak telah menamakan "flop of the year" masing-masing. Dan ramai yang letak nama Joe Cole setanding dengan Torres.
Seawal penampilan lagi, bekas hero Chelsea ini dah buat palat dengan kita. Kad merah untuk perlawanan penting macam lawan Arsenal, adalah hadiah permulaan buat kita. Selepas itu peluang demi peluang diberikan samada oleh Hodgson atau Dalglish tapi tak nampak peningkatan, walaupun ada dua gol diberikan beliau musim ini dari 20 penampilan.
Dengan gaji 90k seminggu yang diberikan tak termasuk bonus-bonus lain, memang apa yang diharapkan dari persembahan beliau sangat tak berbaloi. Spearing yang dapat suku dari pendapatan Cole, tak main tiga suku macam beliau. Malah tak pernah kecewa walaupun terpaksa kibas lalat dibangku simpanan sebelum ini.
Musim depan kalau boleh saya tak mahu lihat Liverpool buang duit untuk pemain yang sepatutnya jadi contoh untuk pemain muda. Jadi rekod terdahulu dengan Chelsea boleh simpan, sebab kat LIverpool, Joe Cole tak akan dilayan macam hero. Kena kerja keras dan berikan 200 persen apabila nama dalam senarai kesebelasan atau masuk sebagai simpanan. Tapi itu semua tak nampak dalam diri Joe Cole.
apa lagi jual ajo la...tak pon potong gaji...tapi nengok dari persembahan dia ni..aku rasa baik jual jer la...dia dah melepasi zaman nya...cuma mungkin dia tak sedar....
ReplyDeleteLiverpool kene beli pemain bagus untuk mengisi bangku simpanan...
kalau tengok team macam Setan atau totenham avarage kualiti playernya yang dipadang dan dibangku simpanan adalah sama...injured no problemo...
Liverpool....Ngog! Poulsen! Cole! ohhhhhhhhh....!