
Adakah Poulsen tak faham yang dia pasti takkan dapat tempat lagi dalam kesebelasan Liverpool musim depan. Apa guna dia berhasrat nak merebut posisi tengah, padahal Spearing dah jadi pemain pilihan setelah Gerrard cedera. Kalau ikut hirarki pemain tengah ialah Gerrard, Meireles, Lucas dan Spearing dan barulah Poulsen. Kali terakhir Poulsen main dengan pasukan utama ialah selepas kita tewas kepada Braga dalam saingan Piala Europa. Sejak itu Poulsen goyang telur dibangku simpanan.
Kalau saya jadi Poulsen jalan terbaik ialah cari pasukan yang boleh beri tempat utama dalam kesebelasan. Apatidaknya, jurulatih kebangsaan Denmark telah bagi amaran yang tidak akan memanggil Poulsen dalam pasukan Denmark dan pastinya pangkat kapten akan ditarik balik. Jadi musim depan pastinya peluang Poulsen akan lebih malap jika Conor Coady, kapten pasukan simpanan dinaikkan pangkat ke skuad utama. Untuk itu demi kebaikan bersama Poulsen boleh suruh ejen beliau cari kelab yang mahu guna khidmatnya.
langkah terbaik main untuk selangor next season..liga M next season nk pakai permain import!!khakhakha
ReplyDeletekapten rupanya dia ni ceh! hehehehe
ReplyDelete