Saya tak tengok pon perlawanan penting Spurs dengan Blackpool malam tadi. Penting !!! ya memang penting buat kita sebab Spurs dan kantoi 2 mata malam tadi. Mereka cuma potong 1 mata dan jumlah perlawanan dah sama 35. Jadi peluang untuk potong mereka masih terbuka sebab kita belum berjumpa mereka dalam aksi timbal-balas setelah tewas dan pertembungan sebelum ini.
Tapi lagi satu yang penting ialah pemain yang kononnya sensasi yakni Charlie Adam memang main macam sial malam tadi, menurut laporan. Tengok dalam video macamana Adam menerjah keras Gareth Bale sampai pemain terbaek EPL itu disahkan tak boleh main sampai habis musim. Malah pengurus mereka Ian Holloway juga bakal membangku simpanankan Adam kerana prestasi hambar beliau.
Pasukan kita nasib baik tak buang duit beli pemain yang kurang konsisten akhir-akhir ini walaupun begitu gah pada awal musim. Biasalah, baru nak rasa main EPL musim ini, sindrom naik Liga telah dialami oleh Blackpool seperti mana yang berlaku kepada Wigan, Hull dan Reading dalam musim-musim sebelum ini.
Saya rasa ada baik Kenny simpan hasrat untuk beli bekas pemain Rangers ini kerana tak payah nak cari jauh, dalam Akademi kita dah banyak bakat begini. Pemain yang saya rasa boleh main macam gaya Alonso ialah Suso. Mungkin kebetulan pemain Sepanyol juga, memang Suso punyai bakat dan perlu diketengahkan sebagaimana Kenny bubuh Flanagan dan Robinson dalam pasukan utama.
ak tgk match nie...c.adam main mcm biasa jek..
ReplyDeleteterjah sana sini...passing pn mcm biasa je..spearing lg baik kot...
suso aku mmg dh lama menantikan kemunculannya kt 1st team..
adam memang dah nak keluar hujung musim, sebab tu dia dah rasa tak semangat untuk blackpool.
ReplyDeletefreekick, corner, passing dia masih terbaik.
gua setuju . suso memang terbaik .
ReplyDeleteyerk...patah ker tu...ngeri jer tengok...bagus untuk kita bila bale ni tak der...kalau lah si adam ni takle gak van ber debah tu sekali kan baguih....
ReplyDeletetoksah beli. betul. suso jao lagi bagus
ReplyDelete