
Hanya 2 orang yang mempunyai kredibiliti untuk mendapat Anugerah Pembelian Terbaik 2010/11 Liverpoolkita. Pertama ialah pembelian bekas pengurus Roy Hodgson yakin Raul Meireles dan kedua ialah pembelian tetingkap januari oleh Kenny Dalglish, Luis Suarez. Mari kita lihat secara mendalam apa kelebihan dan kekuatan serta kenapa mereka dicalonkan.
Raul Meireles.
Daripada pembelian awal musim Roy Hodgson iaitu Meireles, Jovanovic, Joe Cole, Poulsen dan Konchesky, hanya Meireles menunjukkan layak memakai baju merah keramat berbanding 4 muka lain. Permulaan karier beliau agak perlahan semasa era Hodgson dulu, mungkin kerana agak sukar sesuaikan diri dengan Liga Perdana. Namun selepas beberapa lama beliau amat konsisten walaupun diletakkan dipelbagai posisi yang berbeza.
Menurut rekod, Meireles merupakan pemain no.5 paling tinggi stamina, melakukan larian purata 8.1 batu setiap perlawanan. Raul selalu terbabit samada serangan atau bertahan, dengan 58 merancang serangan dan paling tak disangka 65 pintas serangan lawan. Ini bermakna dia merupakan tulang belakang selama ini. Lebih dari itu sumbangan 5 gol serta 5 bantuan untuk gol, merupakan bonus dari pemain tengah kreatif ini.
Luis Suarez.
Kalau pemain licik ini kita beli seawal musim mungkin nasib Liverpool tak sebegini. Tak boleh bayangkan gandingan Torres-Suarez. Namun apa nak buat Kalam Tuhan dah tertulis yang Torres keluar baru Suarez boleh masuk jadi kita redha. Tak larat nak ulang kebagusan dan kehebatan Suarez, satu dunia dah tahu. Cuma yang saya ringkaskan mengenai mamat gigi arnab ini, selain kebolehan individu dan kemahiran serta kelicikan, dia mempunyai semangat juang yang tinggi. Perangai tak mahu kalah dan sanggup main bangsat demi nak menang ditonjolkan Dalam Piala Dunia edisi lalu.
Saat tak boleh dilupakan oleh semua peminat ialah membotoi 5 orang pemain Man U untuk gol Kuyt di Old Trafford. Sumbangan beliau memang berbaloi dengan nilai perpindahan sekitar 23juta pound. 4 gol dan 3 bantuan gol adalah nampak tak seberapa, namun apa yang saya tak puashati ialah pergerakan, kemahiran dan kewaspadaan beliau telah sedikit sebanyak membuka ruang bagi rakan lain contoh Maxi dan Kuyt untuk berada diposisi yang tak terganggu untuk menjaringkan gol. Sebab ramai pemain lawan terpaksa ikat Suarez sampai ruang terbuka untuk pemain lain ambil kesempatan.
Suarez merupakan pembelian yang paling bijak!
ReplyDeletehttp://simple-mzs.blogspot.com/