Tak pernah aku lihat Liverpool main sebegini yakin dan bongkak seawal sepak mula ditempat lawan. Permainan lebih menjurus kepada permainan pantas dan main bola lantai. Cakap banyak tak guna mari kita lihat fakta menarik perlawanan ditempat lawan yang berkesudahan 5-2 keopada kita.
- Maxi umpama anak dinasour yang baru menetas. Setelah baham Birmingham sebelum ini, Fulham menjadi mangsa kedua beliau. Maxi telah kembali sdear yang dia bagus dan harap-harap musim depan boleh kekal mantap sebegini.
- Suarez adalah nadi kebangkitan kita. Apa saja yang beliau lakukan telur pamain lawan akan mengecil macam takut nampak jembalang. Tapi pengadil malu hendak memberikan penalti apabila dia dijatuhkan. Gol beliau adalah bonus kerana kerja keras.
- Kuyt terus menerus menjaringkan gol. Gol nasib setelah Schwarzer tangkap angin. Tapi dia antara pemain rajin dan kekadang terlebih rajin.
- 666 adalah nombor hantu. Tapi itulah nombor bertuah Carragher yakni penampilan untuk pemain ke-2 terbanyak.
- Lucas paling terbaik, namun Spearing juga tak mahu kalah. Tapi bagi saya Lucas akan kekal sebagai pemain utama bergandingan dengan Gerrard musim depan. Spearing akan jadi pemain gantian terbaik.
- Flanagan telah matang takpadan usia. Musim depan bek kiri akan menjadi posisi kepunyaan beliau dan Robinson sebagai timbalan.
- Johnson agak gemuk tapi banyak kali terbabit dengan serangan. Dia telah menunjukkan peningkatan ketara dan layak kekal sebagai pemain kanan utama.
- Skrtel agak baik mulanya tapi kemasukan Zamora telah mengantoikan beliau. Masih perlu kemaskan persembahan kerana musim depan dia mungkin terpaksa jadi bek simpanan.
- Reina sedang memburu sarung tangan emas, tapi sayang bolos juga malam ini. tak apa masih ada 2 perlawanan lagi. Gol yang beliau lepaskan memang sangat susah, tak salah dia.
- Meireles tak nampak impak sangat kerana dia lebih kepada pemain tengah ketiga dan banyak kali di bentes lawan dan terpaksa digantikan dengan Shevley yang main baik dan membantu untuk gol Suarez. Joe Cole saja nak bagi cukup korum.
smgat update bila main cmni hak3
ReplyDeletepuas hati gua. menonong fans team2 lain tgok. lepas ni game away kena selalu main macam ni. kat home toksah cita kop mmg stai baq ang.
ReplyDeletePesanan penting untuk Manager Liverpool:
ReplyDeleteTolong bagi Maxi main kalau lawan dengan team2 bawahan..Maxi memang bijak cari peluang berdepan dengan team2 macam ni..PLSSSS...
http://simple-mzs.blogspot.com/
persembahan mantap...
ReplyDeleteSuarez bg nightmare kt defender2 Fulham..
Maxi pandai cari peluang..
Kuyt tenaga dia x habes2 lagi..