Maka berakhirlah spekulasi yang telah memakan masa hampir setengah musim sejak dari kali pertama pemain Blackpool ini dikaitkan dengan Liverpool Januari lalu. Adam tiba ke Anfield dengan gelaran kembar Alonso dan sesetengah gelarkan pemain ini ada gaya Jan Molby. Apa pun gelaran atau gaya permainan bekas pemain Glasgow Rangers ini perlu meyesuaikan diri dengan pasukan baru serta tekanan yang bakal dihadapi kerana telah berada dalam kelab yang hebat.
Saya secara peribadi tidak terlalu gembira atau tidak juga khuatir dengan pembelian berprofil rendah ini. Sememangnya banyak lagi pemain yang lebih hebat dari Adam diluar sana, namun Kenny telah mengejar pemain ini dari Januari, mesti ada yang Kenny nampak apa yang saya tak perasan kehebatan pemain sebangsa dengan beliau. Namun kehadiran beliau telah membuka dimensi baru dalam corak permainan kita menurut beberapa pakar bola (pindit), tapi bagi saya tunggu dan lihat.
saya suka gaya permainan dia. tidak terlalu gopoh dan bahaya dengan hantaran jauh. sesuai untuk taktik bertahan dan counter.
ReplyDeleteok la..
ReplyDeletehttp://simple-mzs.blogspot.com/