Dalam borak-borak twitter dengan John_Henry, pemilik Liverpool itu memuji pemain yang hampir dilupakan peminat iaitu Aquilani dan Ngog. Aquaman dipuji Henry kerana amat efektif bila masuk dan menggerakkan serangan secara agresif pada separuh kedua. Ngog pula nampak amat berbahaya depan gol berbanding Carroll. Tapi itulah padangan Henry mungkin beliau belum masak dengan permainan bolasepak sebenar bukannya bolasepak Amerika . Tapi kalau besbol memang saya tahu dia hebat.
Saya telah jelaskan dengan panjang lebar kepada beliau. Perlawanan pra-musim memang sebegitu. Sesiapa sahaja nampak hebat bila main dalam perlawanan persahabatan sebegini. Tambahan pula taraf bolasepak tanahair yang belum mampu menggugat pasukan elit. Saya tanya dia kenal tak Andriy Voronin. Dia cakap entah siapa tu tak kenal pun. Jadi saya bagitau yang kita punyai pemain hebat semasa kempen pra-musim, tapi bila diberi peluang pada perlawanan liga, memang tak boleh belah.
Saya rasa Aqualani masih ada harapan untuk bersinar, tapi Ngog memang ada ciri-ciri simpton Voronisma. Dia amat hebat pada kempen Piala Europa kerana awalnya pasukan yang kita dapat semua lemah dan mudah diratah Ngog. Hanya selepas perlawanan Arsenal musim lalu, Ngog terus ngok walaupun diberi peluang setelah ketiadaan Torres. Saya tak peduli dengan Ngog sebab kita dah tak punyai pilihan untuk menunggu pemain ini jelma jadi Theirry Henry.
hanya pengalaman yg memisahkan antara liverpool ngn skuad malayisa..hanya safee dan shafiq mampu beraksi baik..Ngog perlu dikekalkan untuk satu musim lagi klau ngok lgi perlu disingkirkan.
ReplyDelete