Sebenarnya saja nak bagi propa. Memang Mascherano ada bantai Suarez dan dapat kad merah, tapi bukan dengan cara mengigit tapi belaian dengan kaki yang saya nampak amat tak berbaloi dapat kad merah adanya. Suarez memang banyak aksi sampaikan pengadil agak susah nak bezakan lakonan atau asakan betul. Itu tak mengapa, memang cara tersebut ada dalam Buku Teks, "Striker For Dummies" tulisan Diego Maradona.
Macam selau, pasukan mana yang ada kelibat pemain Liverpool akan saya sokong walaupun amat serba salah walaupun hati tetap mahu Agentina layak kerana pasukan mereka amat seronok ditonton. Bak kat pepatah Haji Hasbullah Awang, bola itu bulat, dan kerana tak bujur macam bola ragbilah Uruguay telah layak mengatasi Argentina yang memang feberet untk kejohanan kali ini.
Uruguay mendahului, tapi diskaun seorang pemain apabila penjaring gol mereka Diego Perez macam bodoh menjatuhkan Di Maria, padahal keadaan ketika itu tak berbahaya. Argentina balas balik dengan gol Higuian. Setelah pengadil bagi adil main 10-10 dengan bagi kad merah kepada Mascherano, Agrgentina makin nampak tak keruan. Taktik bertahan dan tunggu serang balas Oscar Tabarez amat menjadi. Tapi kredit pada goli mereka Musrela yang menyelamtakan percubaan berbahaya Argentina.
Penalti memihak kepada Uruguay dan mereka bakal bertemu Peru untuk separuh akhir. Maka saya amat berharap Uruguay layak ke final kerana Peru taklah selicik Argentina dan Uruguay hampir menang dengan pasukan itu. Cuma apa yang saya harap Suarez dapayt pulang selepas Copa dengan semangat membara bukannya balik dengan kecederaan. Esok pagi Lucas Leiva pula akan beraksi, tunggu laporan mengenai aksi Brazil dengan Paraguay di Liverpoolkita, bersama koresponden kami di Buenos Aires.
No comments:
Post a Comment