Selepas kepupusan sistem Samba Brazil selepas pasca Piala dunia 2002, ramai kurang mengagumi permainan mereka mutakhir ini. Saya semakin meluat dengan pemain Brazil kerana mereka tak sehebat mana, tapi berlagak macam bagus sangat. Siapa Neymar , kehebatan beliau semasa ini sebesar tahi hidung Ronaldo pun tak sampai. Tapi reputasi dah gah melampau, sampai banyak kelab berebut nak beli mamat rambut balung ayam ini. Gandingan beliau dan Pato serta Fred langung hampeh, lebih baik kekalkan Luis Fabiano yang saya anggap masih penyerang berkualiti dan mampu bermain baik untuk Brazil.
Kekalahan Brazil kepada Paraguay kali ini bukan sebab Lucas dapat kad merah, tapi ketumpulan barisan depan mereka. Memang kehebatan goli Paraguay salah satu faktor, namun corak serangan yang mudah dijangka serta terlampau suka memegang bola lama. Ganso pula yang ramai cakap nak ganti Kaka, boleh kirim salam banyak-banyak. Lebih baik panggil balik Diego yang lebih licik walaupun nampak makin merosot di Bundesliga. Sekurang-kurangnya dia lebih suka lepaskan bola awal dan suka melakukan hantaran kilat kepada penyerang, bukan melengah-lengahkan permainan macam Ganso.
Kembali kepada Lucas. Tak pasti samada Lucas akan terus bersama pasukan di Melwood. Dia mungkin diberikan cuti rehat sebelum bersama rakan lama dan baru. Tapi saya harap dia dapat bersama pasukan dalam perlawanan dengan Valencia. Saya nak lihat betapa peningnya Dalglish untuk mencorakkan taktik dan formasi untuk musim depan dengan bilangan pemain tengah yang sangat ramai. Walaupun masa depan Aquilani, Meireles, Poulsen dan Joe Cole masih tak menentu, rasanya Lucas paling selamat kerana dia pasti akan mejadi tonggak utama kerana permainan konsisten beliau sebelum ini.
dia x salah ape2 pun aritu...ttbe je kne kad merah..
ReplyDelete