Walaupun tak layak untuk versi orang tua-tua, Liverpool dijemput oleh penganjur kejohanan untuk beraksi dalam kejohanan membabitkan pasukan remaja. Ini adalah pertandingan yang baik untuk pemain muda seperti Raheem Sterling, Adam Morgan, Suso, Tony Silva dan juga beberapa pemain muda untuk menonjolkan bakat. Mereka bakal bersaing dalam kumpulan 2 yang membariskan pasukan Wolfburg dari Jerman, Lisbon dari portugal dan Molde dari Norway untuk peringkat kumpulan.
Kalah dan menang tak jadi hal sangat, tapi peluang sebegini mesti digunakan untuk memperlihatkan kehebatan masing-masing kerana setakat main di liga remaja Inggeris takkan kemana, dan bilamana beraksi dengan pasukan Eropah lain maka dapatlah mereka dapat mengenali dan belajar sesuatu dari lawan. Kumpulan kita mungkin tak seberapa namun kumpulan 1 & 3 amat menarik dan saya harap pasukan kita layak keperingkat seterusnya dan bertemu dengan Ajax, Barcelona atau Inter.
mana manshit united..hahahahhahahahahahahha
ReplyDeleteLiv memang liverfool.
ReplyDelete