Insua kian gemok. Mungkin dok asyik belasah Kebab banyak sangat kat Turki kot. Lagipun dia tersisih dibangku simpanan dan jarang diturunkan kerana jurulatih Galastasaray kerap bertukar. Namun paling terakhir saya lihat dia secara lansung (sebeum jelajah Liverpool) ketika perlawanan persahabatan Argentina lawan Poland yang saya ulas sebelum ini.
Roma memnag sedang mencari bek kiri. Setelah bekas lagenda kita John Arne Riise dijual ke Fulham, ramai yang dikaitkan tapi semua tak menjadi. Akhirnya mereka nekad untuk mendapatkan Insua tapi secara pinjaman. Pihak pengurusan Liverpool mahukan penjualan terus kerana risiko tak ditanggung oleh kelab peminjam, manatahu kot2 cedera atau main tak bagus.
Nasib baik John Henry tak puji Insua semasa perlawanan lawan Malaysia, kalau tak sudah Dalglish pula nak buang takut kecil hati tuan tanah. Namun saya akur yang Insua punyai visi menyerang dan lihat sahaja lorongan kepada gol pertama Ngog dan Maxi. Cuma yang saya tak gemar ialah dari segi bertahan dia langsung tak membantu, malah senang dipotong pemain sayap lawan. Jadi situasi menang-menang ialah Insua mesti dijual kerana pasti bek kiri berkaliber akan dibawa masuk dan Robinson sebagai simpanan.
insua kurang kasih sayang..
ReplyDelete