Dalam keadaan semasa kalau dikira bilangan pemain tengah dah hampir 9 orang. Selain Lucas, Gerrard, Aquilani, Meireles, Adam, Henderson, Spearing, Poulsen dan Shevley. Kalau dilihat dari keadaan sekarang memang kalau saya jadi Lucas akan terasa peluang bermain akan terhad kerana saingan sengit. Tapi sebenarnya saya rasa angka itu akan jadi 5 kerana pastinya 4 pemain lain akan dijual atau dipinjam keluar. Aquilani diberitakan akan ke Fiorentina. Poulsen dijejak oleh Fulham. Meireles dalam pantaun kelab Elit Serie A dan Shevley yang masih remaja mungkin dipinjamkan keluar untuk memberikan lebih pengalaman.
Rasanya masih terlalu awal jika Lucas merasa tempat beliau terancam kerana pasukan kita tidak mempunyai pemain tengah bertahan yang mantap selain beliau dan Spearing. Pemain lain jarang melakukan asakan dan bentesan. Jadi masadepan Lucas saya anggap selamat namun jika Kenny masih mahukan pemain lain yang lebih ganas dari pemain terbaik kita musim lepas, saya rasa calon luar masih ramai. Cuma jika Lucas masih mahu keluar, saya takut Kenny akan membeli Cattermole dari Sunderland. Pemain itu mungkin ganas dan agresif tapi main ikut hati dan rekod disiplin beliau amat teruk.
Saya masih harap Lucas kekal tapi kalau tukar dengan Xabi Alonso memang saya tak ada hal.
kalau xabi alonso . memang aummm la Liverpool .
ReplyDeletegak2 Lucas nie blh main defend x?? cecuba bagi lucas main defend conform meletop
ReplyDeleteaku dh lama tunggu mamat ni blah....
ReplyDeleteSlap besar la kalo mamat nie blah ... Musim lps mmg dia paling konsisten dan harapkan lbih dri dia musim nie ...
ReplyDelete