Terima kasih web Mymp2p.eu kerana menyajikan perlawanan persahabatan Liverpool lawan Hull malam tadi. Walaupun tersangkut-sangkut saya gagahi menonton hingga tamat perlawanan kerana amat taksub untuk melihat muka-muka baru yang bakal ditonjolkan. Perlawanan ini mungkin sekadar pemanas badan dan menguji keserasian pemain, namun ianya juga merupakan ukuran untuk melihat siapa yang layak dan tak layak untuk bersama kitam musim depan. Harus diingat pintu perpindahan hanya ditutup penghujung Ogos, takkan ada yang selamat jika tidak menunjukkan prestasi sehingga ke tarikh itu.
Bermula dengan separuh pertama, sangkaan saya meleset. Dalglish menurunkan Doni, Kelly, Carragher, Ayala,Robinson, Maxi, Poulsen, Coady, Aquilani, Cole dan Ngog. Barisan yang saya nampak agak mantap (sangkaan awal) bercampur aduk pemain muda, muka baru , pemain senior dan pemain kayu reput. Formasi rasanya 4411 atau 4231. Diringkaskan cerita, hanya Aquilani nampak bersemangat dan pemain lain agak lesu. Gol pembukaan Hull disebabkan pemain tengah tidak menghambat pemain Hull dan memberikan ruang untuk menjaringkan gol. Gol ke-2 pula juga seakan-akan gol pertama namun ianya nampak begitu cantik hasil gerakkerja berpasukan pemain Hull yang menewaskan Doni buat kali ke-2.
Separuh masa kedua, Kenny telah menyalin semua pemain dengan memasukkan Jones, Flanagan, Kargiakos, Wilson, Insua, Adam, Spearing, Henderson, Downing , Kuyt dan Carroll. Permainan agak baik dari sebelum ini, kerana banyak peluang merbahaya terutama dari pemain sayap baru, Downing. Henderson nampak belum segar namun beliau lebih mantap berbanding bersama England bawah 21. Carroll nampak agak lembab, tapi bek Hull agak terkial-kial untuk menjaga beliau. Dalam usaha nak buru gol, pasukan kita tersentak dengan gol mudah Hull yang bermula apabila seorang penyerang Hull mendada bola dan membiarkan Adebola menjaringkan gol ke-3 Hull.
Kesimpulan penting ialah bagi saya Poulsen dan Cole dan mungkin Ngog takkan menjadi pemain untuk mengembalikan saingan alam liga. Jadi pemain simpanan pun tak layak. Malah saya rasa bek tengah perlu dibeli sebelum habis musim ini kerana pemain pertahanan sedia-ada agak merisaukan. Sepatutnya perlawanan ini memberikan impak positif tapi banyak punya negatif termasuk keputusan sekali. Saya harap pada perlawanan dengan Valencia nanti pemain dapat memperbaiki persembahan .Kenny dan Clarke perlu mencari formula baru dengan secepat mungkin untuk mendapatkan kesebelsan terbaik sebelum Liga bermula. Ketiadaan Lucas dan Suarez pasti membimbangkan jika prestasi pemain dalam perlawanan ini terbawa-bawa hingga ke perlawanan liga.
Cole , Poulsen dan N'gog mmg xleh pakai dah ... Tpi paling membazir ialah Carroll ... Dia xdak apa2 kemahiran kecuali header ... jdi 35m membazir sungguh ... Harap King bley mainkan Pacheco , Suso dan Amoo ... YNWA
ReplyDeleteaku rasa dah tak payah turunkan ngog, cole ngan poulsen, aku sangat risau macam dorang ni ada dalam kerangka perancangan liverpool musim baru ni... kalau dorang still ada dalam perancangan keny daglish abislah liverpool he he
ReplyDeleteApa pn x bleh!!
ReplyDelete1)Joe Cole, Ngog kejap je OK..game vs Hull nie jd bengom blk..Poulsen mcm biasa, sampah.
ReplyDelete2)LFC xpakai baju merah..xberapa semangat nk main.
3)Preseason la katakan..main santai je defender,xyah nk terjah2, bg pressure pn sket2 je..sebab tu senang lawan score gol..yg penting tiada pemain injured masa preseason
4)Aquilani, Downing mantap.