Dalam keadaan pasukan yang serba cemerlang, gemilang dan terbilang, semua bercerita tentang gandingan Coutinho-Firmino-Mane. Kehebatan mereka telah menaikkan pasukan hingga ke puncak persada Liga Perdana. Bukan saja dek kerana prestasi , tahap kecergasan mereka tip-top, pemain simpanan makan hati berulam jantung kat bangku simpanan dok tunggu peluang. Paling dok buat muka sentap ialah Sturridge sebab dia anggap patut dapat peluang tak selalu pun sekali sekala. Bukan setakat main dalam Piala EFL cap ayam sahaja. Dia nak main dalam perlawanan Liga itu memang hasrat beliau.
Semenjak dua menjak tak diberi peluang main, ternyata dia tkembali cergas. Bila main dengan pasukan England, memang meletop-letop, boleh dikatakan dok jaringkan gol selalu. ada yang musykil kenapa peluang belum kunjung tiba. Rasanya ramai tahu kualiti ketajaman depan gol beliau ohsem, namun pemalas nak tolong bantu rampas bola, itu yang membuatkan pilihan Klopp beralih kepada Firmino. Setakat ini jika tanya semua peminat pastinya tak peduli Sturridge ada macam takda.
Bagi saya Klopp tak pinggirkan Sturridge untuk jangka masa panjang. Keperluan pemain itu dalam sekuad amat penting. Januari ni Mane akan ke Kejohanan Piala Africa, AFCon. Tika dan saat itulah Liverpool perlukan pemain yang boleh selit dalam pasukan dengan segera. Opsyen pembelian Januari nampak mengujakan, ramai dikaitkan daripada Pulisic, Turan dan ramai lagi. Namun tak semua boleh janjikan boleh masuk terus dalam kesebelasan utama, samada nak sesuaikan dengan corak permainan atau tempo bola Inggeris.
Sebab itulah Sturridge adalah opsyen mudah untuk ganti Mane ata
u pemain serangan lain yang mungkin cedera atau digantung permainan. Setakat ini memang dia nampak kurang menyengat bila diberi peluang, tetapi masa lawan Watford kita boleh tengok percubaan beliau nampak bahaya, cuma nasib tak menyebelahi. Masa zaman dengan Suarez, penyudah Sturridge memang terbaik, sebab saya yakin ianya berkaitan dengan keyakinan diri bukan kehebatan kian tumpul.
Apapun semuanya bergantung kepada Klopp juga. Jika dia dah fedap dengan Sturridge sebab ada opsyen macam Origi atau perpindahan Januari itu, itu hak dia. Namun jika nak jual Sturridge pada perpindahan Januari , memang bukan pilihan bijak. Sebab bagi saya jika nak cabar kejuaran Liverpool perlukan opsyen dibangku simpanan yang betul2 berkualiti, bukan pemain baru yang belum tentu boleh tahan kena sepak terjah bek2 Liga Inggeris yang ganas. Jika ditanya sekali lagi, saya katakan Sturridge patut kekal sehingga musim depan, samada Liverpool berjaya dapat Juara Liga atau tidak.
setuju..lfc patut pujuk sturridge kekal hingga hujung musim
ReplyDeletetapi kalo dia beria benar nak pindah elok lepaskan..
main dengan muncung panjang boleh pengaruhi negatif pada pemain lain
jangan jual striker. lebih2 lg bila dia tak injed.
ReplyDeleteambik contoh rafa benitez dulu. pi jual robbie keane, penyudah nya pastu banyak hilang mata sbb harap ke torress, gerrard je skor gol
anggap aje ko masih injured sturridge. . .kalo dulu ko selalu injured. . .peminat dan pasukan liverpool masih leh bersabar...tak kan ko tak leh bersabar lak. . .yang penting kekalkan stamina. . .tunggu sampai ko cedera teruk baru ko leh berambus. . .ada faham.
ReplyDelete