Klopp tersenarai dalam pencalonan Jurulatih terbaik FIFA 2016. Secara jujur nak menang secara merit agak sukar nak atasi Pep, Enrique dan Zidane serta Santos. Cuma dari segi pemilihan ianya satu penghormatan buat Klopp . Dan peminat harus berbangga yang beliau pilih Liverpool sebagai destinasi pilihan. Kalau dia mahu kerja mudah, Bayern Munich memang nakkan beliau berbanding Ancelotti. Cuma yang kita puji jiwa sentimental beliau yang taknak melukakan peminat Dortmund membuatkan Klopp cari jalan tengah, ke Anfield.
Musim lepas, Klopp berjaya ke Final Piala Liga dan Piala Europa. Walaupun tewas kedua-dua final tersebut siapa tak sangkal kebolehan Klopp membentuk pasukan tinggalan Brendan dengan formula sendiri. Gegenpressing nampak agak janggal pada mulanya tetapi lama kelamaan bukan pasukan kita sahaja yang dah main sebegitu, kita nampak banyak pasukan yang tiru gaya permainan Klopp sebab mereka tahu, Klopp punyai idea dan pencerahan baru dalam bolasepak Inggeris.
Musim ini dalam 10 perlawanan pertama, siapa sangka Liverpool berjaya dalam kelompok pencabar Liga. Berjaya melepasi permulaan sukar bertemu regu kuat dengan mencapai mata yang kita tak sangka bola capai. Prestasi pasukan ditahap terbaik walaupun bukan lagi tahap hebat. Kalau Klopp boleh atasi penyakit bolos, rasanya pasukan kita memang digeruni setiap kali turun padang. Sebab itulah Liverpool berada dilandasan terbaik, bermain dengan sebaik mungkin untuk perolehi mata penuh.
Saya yakin Klopp bakal beri kejutan musim ini, tetapi nak cakap besar boleh dapat kejuaraan masih tak berani lagi. Walaupun ada pemerhati cakap Liverpool ada potensi juara, mereka nampak sebab Klopp bukan pasukan keseluruhan. Sebab itulah jika pasukan main huru-hara, tak ikut arahan dan kurang disiplin, pengurus sehebat Klopp pun gigit jari. Jadi sekarang ni Klopp sedang membentuk pasukan terbaik beliau dari masa ke semasa untuk membentuk pasukan berjiwa pemenang. Jika berjaya, rasanya Jurulatih terbaik 2017 ada peluang Klopp empunya.

No comments:
Post a Comment