Siapa kenal Michael Edwards sebelum ni. Kalau siapa tengok cerita "Moneyball" cerita pasal sukan bola lisut. Korang pasti tahu siapa watak yang Jonah Hill pegang. Penganalisa yang membantu Brad Bitt untuk dapatkan pemain yang ntah apa apa ditukarkan dengan pemain bintang. Watak pengalisa itulah kerja Edwards sebelum ini. Kerja menggunakan analisa Sabermetric apa ntah. Mungkin orang belajar bidang Ekonomi tahu benda alah ni, tetapi Moneyball inilah pihak pengurusan FSG mahu terapkan dalam Liverpool. Kiranya nak kreatif skit dari orang lain.
Watak misteri ni datang bersama Damian Comolli dari Spurs. Beliau kekal dari zaman Dalglish, Brendan serta Klopp. Malah mengejutkan dari jawatan Ketua Jabatan Penilaian Prestasi (Head Of Performance Analysis) boleh jadi Pengarah Bolasepak (Sporting Director). Boss beliau dulu Comolli dah kena pecat awal-awal lagi tetapi ilmu mandrem apa mamat ni pakal entah. Tak pun dia ni memang kaki bodek kuat siapa tahu.
Saya ada dengar dulu, beliau dikatakan antara punca pemecatan bukan satu tapi dua pengurus Liverpool. Ketika zaman Dalglish, Comolli bekerja dengan pasukan Edwards untuk mendapatkan pemain bercitarasa ala Inggeris. Pilihan Dalglish amat pelik tetapi tetapi tidak bagi yang faham kenapa dia nak beli Carroll, Downing, Adam dan Henderson. Rasanya pasukan Edwards memang buat kerja terbaik dalam mendapatkan Luis Suarez. Namun yang lain bukan salah mereka sebab pemain yang mereka dapat memang ada kebolehan masing-masing.
Contoh macam Henderson, sampai sekarang kekal dan masih releven. Downing zaman sebelum kita beli kemain hebat, kiri kanan sayap boleh main. Boleh jaringkan gol dari setpis dan jarak jauh. Sekarang nak kata teruk sangat taklah masih bermain di EPL dengan kelab lamanya Middleborough. Adam pula macam Downing, pemain yang dibeli atas sebab selalu jaring gol dan kebolehan setpis. Ada yang pernah bandingkan beliau dengan Alonso corak hantaran. Sekarang dekat Stoke dan musim-musim sebelum ni masih punyai hobi menjaringkan gol. Carroll masa kemain bagus tetapi tengah sakit, malah dia lebih sakit nak meangggung beban rekod perpindahan £35juta. Sekarang kat West Ham masih dok cedera tak sudah-sudah. tapi kalau tak cedera memang bahaya buah kepala dia.
Zaman Brendan lain pula cerita. Oleh kerana kesalahan pembelian diletakkan keatas Comolli, padahal semua tahu idea asal Dalglish. Maka pemergian Comolli digantikan dengan Jawatankuasa Perpindahan (Transfer Comitte). Dari di kepalai individu dan kata-dua dari pengurus, jawatankuasa ini kena buat pemilihan melalui kata sepakat, mungkin undian atau main Osom-Gunting-Batu-Kertas untuk dapatkan keputusan. Konon cakap kata putus dari Brendan, namun selepas kena pecat baru dia cakap yang banyak pemain yang dia taknak pergi beli.
Kisah paling menyanyat hati ialah pembelian Benteke dari Aston Villa. Memang itu bukan pilihan hati. Brendan nak main tiki taka, kalau boleh nak dapatkan Alexis Sanchez sebagai pilihan utama ganti Suarez, tetapi lain pula yang dapat. Geng Edwards siap bagi Balotelli sebagai kombo-tambah nilai. Apa yang saya dengar lagi, Brendan kalau boleh nak dapatkan Lacazette setelah Alexis cakap dia tak kenal siapa Brendan serta bini dia nak duduk London. Malah pemeblian macam Markovic, Moreno dan banyak lagi diluar kemahuan Brendan. Geng Edwards memang kerja ikut arahan sahaja. FSG dah serik dengan Dalglish dan Brendan plak yang jadi mangsa.
Jawatankuasa Pembelian masih kekal zaman Klopp mula datang dan masih releven hingga kini. Ramai masih kritik pasukan ini, tetapi saya rasa Kombo Klopp dan TC memang meletop musim ni. Mereka membawa pemain berkualiti untuk pasukan utama macam Mane, Gigi dan Karius serta Matip. Kejayaan TC ini membuatkan nama Edwards naik mencanak. Hadiah Kaizen dari kompeni dengan kenaikan pangkat dari Ketua Jabatan kepada Pengarah. Cabaran pertama bila jadi kepala ialah Edwards akan bertanggungjawab menjawab macam Damien Comolli dulu. Januari ini kita tengok adakah sesuatu berita gembira atau hambar dari Tuan Pengarah Bolasepak yang baru.
Kita nak juga merasa pemain trnama masuk, tapi jgn yg mahal sangat. Aubameyang pun cukup. Mngkin dgn adanya edwards klopp trpujuk sdkit. haha...
ReplyDeleteBetol gak rembat Aubameyang trus. Tp Klopp nk cari bekap Mane je sbb tu ada ura2 nk try Pulisic BVB Jan ni. Tapi dpt pemain establish mcm Draxler cun gak
ReplyDeletelaporan dari akhbar British..bahawa Klopp berminat ddengan seorang pemain forward Iran mewakili kelab FC Rostov yang juga bermain dlm.liga juara-juara...Sardar Azmoun..semoga berlaku pd.januari 2017.
ReplyDeleteMane juga ada main nakal..cangkuk kaki Pereyra..pd.min.41..menyebabkan sepakan percuma..ke arah gol Liv..semoga dia lebih berhati-hati..