Lega sungguh bila antarabangsa sudah selesai. Memang kempen kali ini nampak cemerlang bagi kebanyakan pemain kita. Namun setakat ni Lallana seorang yang kita tahu pulang dari arena antarabangsa dengan cedera. Yang lain sedang diuji tahap kecergasan untuk main dengan Southampton minggu ini. Seperti sedia maklum, kita bakal bertemu dengan pasukan Akademi bolasepak kita sendiri, iaitu Southampton. Pelaburan dekat £100 Juta Pound, Liverpool telah membiayai si Soton untuk menjadi tempat rekrut pemain. Kiranya jika ada pemain Soton sekarang ni yang mantap, pastinya musim depan akan pakai jersi Liverpool.
Lawak tak lawak, hakikatnya Soton memang cekap bab beli pemain. Bila dijualnya Lovren, mereka beli Van Dijk yang bagi saya lagi bagus dari Lovren. Gandingan Van Dijk dengan Fonte memang kemas, dan mantap. Cuma kehilangan Wanyama, memang dapat dirasakan oleh pertahanan Soton yang tidak ada kereta kebal didepan mereka. Kehadiran Oriol Romeu dari tak mampu pikul tugasan yang ditinggalkan Wanyama. Seperti Van Diyk, penjualan Mane diganti dengan pemain yang murah tetapi boleh tahan iaitu Redmond.
Karius
Clyne Matip Lovren Milner
Gigi Hendo Emre
Mane Firmino Coutinho
Dah boleh dijangka siapa pengganti Lana nanti. Siapa lagi kalau bukan Wijnaldum atau Mat Gigi .Tak payah nak memandai nak letak Coutinho kat tengah sebab buang masa dan tenaga beliau, kerana Coutimho lebih diperlukan nak rembat bola jarak jauh dan membantu rakan buat gol. Katakanlah Klopp nak rehatkan Coutimho sebab faktor kecergasan, Sturridge Mat Sentap, boleh bagi peluang main dulu dan bila dia nak pancit boleh tukar Coutinho. Pemain lain rasanya dalam keadaan tip-top, tak perlu perubahan sebab tak ramai yang main dengan negara masing-masing.
Corak permainan jurulatih baru, Claude Puel memang lain dari zaman Koeman. Mereka main lebih fleksibel dengan corak permainan 4-4-2 Berlian. Austin bergandingan dengan Redmond, seorang penyudah dan seorang lagi pemecut. Tapi yang kena jaga betul-betul ialah Dusan Tadic, dia perancang utama Soton dan banyak gerakan bahaya beliau dari tengah dan lorongan cantik beliau bagi rakan memudahkan sumbat gol. Kalau pemain kita dapat sekat Tadic, sumber kreativiti Soton pasti akan terkantoi dan aman sikit pertahanan kita.
Saya anggap pasukan kita boleh ratah Soton nanti, jika dilihat dari corak serangan kita . Jika Coutinho tak rembat jauh, Mane akan menyelinap lipas kudung jolok gol dan Firimino dalam yang kurang tamak, juga boleh berada dalam kedudukan penjaring gol juga. Tetapi al maklum mereka juga akan dapat peluang yang sama. Bagi rakan yang mengidam nak tengok pasukan kita tak lepas gol, rasanya perlawanan ini berpotensi jadi sebaliknya dengan masing-masing berbalas gol. Sebagai tuan rumah, Soton takkan nak main bertahan kot, mesti nak tunjuk hero depan peminat sendiri.
Nak jatuh mudah, tetapi nak kekalkan kedudukan takut gayat berada dipersada Liga Perdana. Pasukan kita layak berada diatas minggu lepas dengan usaha sendiri, namun prestasi lawan seperti Arsenal dan Man City banyak membantu. Sekarang Chelsea sedang mengikuti rapat dan saya harap jasa baik Middleborough sekali lagi main gempak macam seri dengan Man City. Arsenal juga pencabar terdekat, namun mereka bakal lawan Menyu dan pelaung tipis sebab rekod, Wenger dengan Mourinho, banyak dapat dekat Jantan Istimewa. Jadi peluang nak kekal diatas cerah, jika tak buat taik masa lawan Soton nanti.
usah banyak..3 dah cukup..kalau boleh..jangan bolos..kalau lebih..tu kira bonus...
ReplyDelete11 game aku teka tak jugak tepat..kli ni sotong 0-3 The Reds..
ReplyDeleteSama la..aku pun xpernah tepat.. ini kalilah 2-3.. kalau xkena jgk.. lain kalilah
ReplyDeleteKesian aku tgk sturridge tu.. dr sorang hero zaman rodgers.. skrg dh jd sekadar dipinggiran..ini kesan drpd perubahan pengurusan pasukan. Taktikal baru xkena dgn dia. Tp dia pun xnk atau xcuba utk adapt taktikal baru.. nk wat camne
ReplyDeleteSemalam hamba mimpi no.3.jadi hamba nak tikam 3-1.sebijik mesti bolos sebab mesti bocor punye.ini kalilah...!!!
ReplyDeletedrpd ambik pemain, baik ambik pegawai yg mencari bakat baru tu. lagi murah kot..
ReplyDeletesou 1 liv 3
walaupun tak dpt bertahan jaringan, bertahan kerusi atas pun jadilah..
Liverpool 5-2 Somtam
ReplyDeletesoton 1-2 liverpool
ReplyDeletekumai
aq pulak mimpi liverpool di belasah teruk 6-1. Ini mrupakan mimpi ngeri bagi aq. Tapi aq akan trbalikkan score tu mnjadi south 1-6 liverpool. hahaha...bukan rekaan semata2.
ReplyDeletePerrghhh...6-1.hahaha...mari kite tengok sape yang kenaaa...
DeletePerrghhh...6-1.hahaha...mari kite tengok sape yang kenaaa...
DeleteSoton 0-2 The Reds
ReplyDeletesotong 0 burung pecuk 7
ReplyDeleteSoton 1-3 Liverpool
ReplyDelete#YNWA
Soton 2-4 liv
ReplyDeleteAleym
game ni sengit..
ReplyDeleteSoton 1-4 Liverpool..
puuhhhh!
#ynwa
#inikalilah
soton 0 - 2 liv
ReplyDelete-stan-
Pagi td brlku fire alarm dlm kul 5.10am.. D tmpt kja sy.. So sy nk tikam 5 utk liverpool dan 1 utk soton..
ReplyDeleteSoton 1-5 Liverpool football club..
Soton 3-7 liverpool
ReplyDeleteIni malam kita punya..
Malam pesta muda mudi..
Ahahaha
-rajamerseyside-
soton 1- liv 2 cukupla...
ReplyDeleteSot 0-1liv
ReplyDelete-qe7-
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSouthampton 0 - 3 Liverpool
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSoton 0 - 4 liverpool
ReplyDeleteKluangman
Southampton 1-4 liverpool
ReplyDeleteMacam selalu, gol msti banyak ..
ReplyDeleteSouthamptom 2 - 5 Liverpool
~EncikNurud~
Southampton 2-4 Liverpool
ReplyDelete-azhar ynwa-