Coutinho telah mengharungi 170 minit dengan Brazil, menjaringkan gol cantik ketika memang dengan Argentina 3-0 dan bermain 85 minit lawan Peru ketika menang 2-0, pagi tadi. Beliau telah bergegas balik ke Melwood sejurus perlawanan, sebab pihak pengurusan Liverpool, Chelsea dan Man City kawtim duit tambang Jet Peribadi, untuk membawa balik kontinjen Brazil ke England. Sejurus tiba Coutinho akan diakses tahap kesihatan dan kecergasan samada boleh main dengan Southampton kat tempat lawan hujung minggu ini.
Rejim sebelum ini, maksudnya zaman Brendan saya perhatikan bila Coutinho pulang dari kem Brazil dia mesti akan buat perangai. Memanglah dia jarang dapat peluang sangat dalam kesebelasan Brazil ketika itu, tapi buang masa dengan latihan dan berada sepanjang perlawanan , pergi dan balik beribu Kilometer memang memenatkan. Kalau yang biasa pergi luar negara, tahu istilah "Jet Lag", badan penat sebab faktor perjalanan jauh. Kita yang naik bas dari Utara ke Kuala Lumpur pun, lenguh-lenguh badan dan krem habis kaki-tangan.
Kita nak tengok apakah sekarang dengan Jurulatih Kecergasan baru, Andreas Konmayer masalah pancit Coutinho akan berakhir. Kalau kecederaan kita tahu itu tak dapat dielak, kena pemulihan rapi. Tetapi dari segi kecergasan, kita akur Coutinho dah tak lembik macam mula-mula datang. Namun corak permainan Gegenpressing memerlukan pemain beraksi lebih agresif dan kecergesan ditahap optimum. Fokus terhadap Coutinho bukan nak abaikan pemain lain, tetapi sebab Coutinho tak macam pemain lain, sebab turun-naik prestasi beliau sebelum ini banyak berkaitan tahap kecergasan.
Countinho terhutang budi dengan liverpool fc. . .persembahanan menakjubkan kebelakangan ni adalah kerana liverpool. . .kata orang brazil. . .orang berbudi kita berbahasa. . .Countinho akan menunaikan janjinya untuk mendapatkan EPL. . .Tapi WORLD CUP adalah matlamat utamanya. . .YNWA. . .
ReplyDelete