Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat dah dimenangi Donald Trump dari Parti Republikan. Sejak minggu lepas beliau jadi topik perbualan kedai kopi, kantor2 dan juga di alam maya. Topik pasal Trump mengatasi isu minyak masak naik harga, minyak petrol naik 15 sen dan juga RUU355. Fokus kepada beliau memang dasat. Apataknya dia sorang berpewatakan gila glemer dan Presiden pertama yang pernah kena terajang telur dan kilas kepala dengan Steve Austin "Stone Cold".
Kat Malaysia ada pro dan kontra dengan Trump. Trump punya polisi sama macam polisi Brexit UK. Banyak membangkitkan semangat Nasionalis Bangsa supaya undi memihak mereka. Ada pihak yang jadi Anti-Trump mereka sedih sebab Trump lebih Pro-Israel dan Anti-Muslim. Lagi satu polisi Trump dalam manisfesto beliau ialah nampak macam nak tarik pelaburan Amerika di luar, mungkin Asia dan Malaysia juga sebab banyak Kilang-kilang USA kat sini.
Namun ada yang seronok sebab TPPA yang dimetrai Najib dengan Obama, dalam bahaya. Mereka harap Trump menarik balik TPPA dan mengkaji semula perjanjian sebab nampak berat sebelah. Bagi pihak ISIS dan Jihadis mereka juga gembira sebab Trump nak tarik balik tentera dari negara yang mereka jajah. Dan paling gembira kawan-kawan yang main FOREX sebab kaut untung semasa pilihanraya itu berlangsung.
Tetapi apa kaitan dengan Liverpool, mungkin ada orang tanya plak nak tulis kat sini. Kalau korang nak tahu penaja kelengkapan sukan New Balance, dengan melobi dan penyokong kuat kempen Trump sebelum ini. Jurucakap New Balance secara terbuka menyatakan sokongan kepada Trump dengan menempelak Obama sebab apa ntah. Ramai penyokong Hillarry, pro-Demokrat, sedang melepaskan geram kepada New Balance dengan viral macam-macam tentang nak boikot produk New Balance sebab sokong Trump.
Tapi jangan lupa John Henry pemilik Liverpool juga pro-Demokrat. Pernah buat sumbangan besar kepada parti tersebut sebelum ini. Dari segi pertembungan peribadi dengan perniagaan saya tak rasa Henry atau FSG nak buat palat dengan New Balance sebab sokong Trump. Tapi masalahnya New Balance punya kontrak dekat 2020 baru nak tamat. Cuma kita berharap bunga-bunga taik ini membuatkan Liverpool cari penaja baju lain dan ambil balik Adidas takpun dengan Nike. Walaupun bukan masa terdekat, tapi jujur cakap saya cukup semak dengan jenama New Balance.
Aku pun dh naik muak dh jenama NB nie..Adidas Nike ok ape..haha..psl Trumpet nie mls ny citer sbb dia kn Anti Muslim,tpi takpe kita sbgi Islam dilarang bermusuhan sesama bangsa..kita terima dgn hati yg dingin..Allah Maha Adil..skrg pun kita ada pemimpin Islam yg baik contoh Edorgan (Turki) kita kna sokong dia nie sbb dialh satu2 ny pemimpin Islam yg lantang bersura demi menegakkn Islam..
ReplyDeleteAntara punca kemenangan Trump undi Muslim Amerika.
ReplyDeletebaca artikel kat bawah ni..
http://mountdweller.blogspot.com/2016/11/rahsia-peralihan-undi-muslim-as-kepada.html
Kena block boss 👆
ReplyDeletepuma pon cun jugak . lawa lawa design baju nnt hahaha
ReplyDelete