Steven Gerrard, legenda Liverpool telah menggantung but secara rasmi. Jika ramai yang perasan, zaman kemunculan beliau tak dengar langsung ada pemain muda yang sebegini bagus. Sebab apa ketika itu seluruh dunia sedang fokus kepada penyerang muda Liverpool, Michael Owen. Saya mungkin terlepas pandang, sebab rujukan terhad, hanya ikuti perkembangan Liverpool melalui majalah Liverpoolfc serta Match dan Shoot. Tak ada liputan sangat, sebab zaman itu Setan Merah. Man United saja jadi bualan.
Saya ingat-ingat lagi perlawanan dengan Blackburn. Mamat kepala dogol mana plak yang masuk ganti Vergard Heggem, kemain agresif lagi. Tapi itulah dikatakan sengsara orang bahagia kita, bila Jamie Redknapp cedera, Liverpool hilang tonggak tengah yang berwibawa. Tetapi Houllier nampak, Gerrard pemain potensi ganti Jamie. Ruapanya baru tahu Gerrard bukan bek kanan, tetapi kat pasukan remaja beliau adalah perancang utama. Salah satu sebab Owen meletop katanya sebab Gerrard banyak bantu beliau dengan hantaran cantik dari tengah. Orang kata mereka macam ada kuasa telepati bila main bersama.
Awal penampilan, saya tak nampak sangat apa istimewa mamat dogol ni. Agresif sangat, tambahan pulak main tengah bertahan bersama dengan Dietmar Hamann. Kira bola terlepas, nak terjah dan main kalut nak buat hantaran, tanpa main kawal tempo. Aspek permainan bertahan dengar kata banyak dia ikut perangai Hamann. Tetapi kehadiran Garry Macclister, Gerrard banyak belajar cara nak kawal diri dan tempo, serta paling berjaya sekali dia dapat ilmu Setpis, dari pakar sepakan percuma tua itu. Mungkin kebetulan mereka sama-sama botak kot.
Selebihnya Gerrard tak menoleh kebelakang lagi. Selepas dua tahun, dia menang rekod 4 Piala, Piala FA, Piala Liga, Piala UEFA dan Pila Super UEFA. Dia menang macam-macam mungkin dapat pasukan yang terbaik ketika itu. Malah pemain sekeliling banyak membentuk keperibadian beliau dalam corak permainan beliau, termasuk pengurus Houllier. Tetapi dia bukan penumpang dalam pasukan, tak silap dekat sepuluh gol dan majoritinya ohsem dan mabeles belaka. Malah musim tu dia gondol anugerah Pemain Muda Terbaik Liga Perdana Inggeris.
Fasa kedua, adalah selepas Houllier kena pecat. Nak tahu Gerrard hampir nak sertai Chelsea, sebab dia dapat tawaran hebat. Tetapi bila tahu pengurus baru yang datang, Rafa Benitez jenis pengurus berjiwa pemenang, koleksi Piala La Liga dan UEFA dengan Valencia, hati berbolak balik dah jadi tenang untuk kekal. Dengan gandingan bersama seorang lejen Liverpool, Xabi Alonso yang dibawa oleh Rafa, permainan Gerrard berevolusi lagi kerana dia banyak mendapat lesen untuk menyerang.
Nah musim 2004/05 melihat keajaiban Istanbul, Liverpool menang Piala Eropah, buat kali ke-5. Beliau memang ketua yang benar-benar membangkitkan kemelesetan 0-3 dan jaringan pertama membuatkan Liverpool dapat penyamaan 3-3 dan menang penalti. Ketika itulah dia punya aura sebenar sebagai kapten terserlah. Musim itu juaga dia dinobat Pemain Terbaik Piala EUFA dan nyaris menang Pemain Terbaik Eropah. Sekali lagi Chelsea menyondol lagi nak dapatkan Gerrard. Harapan Mourinho punah sebab Gerrard rejek beliau dan sambung kontrak baru.
Fasa kemerosotan Liverpool untuk konsisten dapat Piala, walaupun berselit-selit Piala Liga dan Piala FA. Namun prestasi Gerrard tetap konsisten sebab Liverpool sentiasa dalam kelompok 4 terbaik dan main dalam Liga Juara-Juara Eropah. Dia masih kekal setelah Rafa dipecat. Namun ada ura-ura yang tak enak didengar, Gerrard antara merungut hingga Rafa dipecat sebab menjual Alonso. Malah kemasukan Roy Hodgson mendapat restu beliau dan Carragher. Mungkin mereka sendiri terlalu yakin dengan pengurus yang berjaya membawa Fulham sebagai finalis Piala UEFA.
Pengganti Hodgson, Kenny Dalglish kembali mengembalikan kemarau Piala. Gerrard sekali lagi membawa pasukan dengan menang Piala Liga tetapi tewas dalam final Piala FA. Namun Dalglish cuma membawa pemain yang iras-ras Gerrard iaitu Henderson dari Sunderland. Mungkin pengganti jangka panjang. Tetapi sekali lagi Liverpool diambang kemerosotan bila Kenny beli pemain yang tak masuk dengan sistem sedia ada dan terpaksa menjual gandingan terbaik Gerrard iaitu Torres. Nasib baik Suarez dapat menyelematkan keadaan.
Fasa terakhir ialah bila Dalglish kena pecat dan digantikan dengan pengurus Swansea, Brendan Rodgers. Falsafah tiki-taka dengan hantaran pendek bukan kegemaran Gerrard, tapi itu bukan masalah sangat. Masalahnya dia bukan tengah bertahan dan juga tak mampu dah nak main kotak ke kotak macam muda-muda dulu. Jadi nak main dalam formasi 4-3-3 , dengan 2 pemain tengah yang fleksibel memang sikit rumit. Tetapi bila dah otai, dia mampu juga main dibahagian bertahan cuma faktor kepantasan kadangkala jadi masalah kepada pasukan.
Musim 2013/14 adalah musim Liga Perdana Inggeris terlepas dari gengaman. Saya rasa ketika itu Gerrard jadi bahan ejekan sebab tergelincir yang menyebabkan Demba Ba menjaringkan gol lantas tewas kepada Chelsea dan peristiwa itu membuatkan Liverpool terlepas persaingan saat akhir kejuraan Liga Perdana Inggeris kepada Man City. Gerrard menyalahkan diri sendiri sebab dia rasa bertanggungjawab atas insiden itu. Sebab itulah beliau menolak untuk perbaharui terma yang dikatakan mahu beliau jadi pemain selaku jurulatih. Lagipun dia masih mahu main sepenuh masa.
Pemergian beliau dari Liverpool, memang saya rasa sesuatu yang janggal. Tetapi Gerrard menolak untuk main di EPL walaupun ketika itu Man City mahukan beliau sungguh-sungguh. Penghijrahan ke Liga Bolasepak Amerika Syarikat macam makan angin sahaja. di LA Galaxy, dia masih menyengat tetapi tak mampu bawa pasukan LA untuk dapat sebarang Piala. Sebab itulah Gerrad berhasrat gantung but dan terjun kebidang kejurulatihan dan pengurusan. Saya dah tulis sebelum ini tentang itu dalam entri tawaran-pengurusan-untuk-steven-gerrard.html .
Ramai peminat berharap Gerrard jangan bersara dulu, kembali ke Liverpool sebagai pemain/jurulatih dan kalau ada rezeki boleh dapat Kejuaraan Liga. Tetapi beliau nekad dan dah tak mampu nak perah fizikal dan mental dipadang bola. Kita terima semua itu dengan hati terbuka. Namun hasrat nak terjun kebidang kejurulatihan mendapat reaksi positif dari pengurusan Liverpool. Klopp sendiri nak Gerrard naik dari bawah, belajar dan lengapkan lencana kejurulatihan bersama Akademi Liverpool. Sebab dia mahu pemain lajenda Liverpool itu tak berhenti sekerat jalan jika ambil jalan pintas jadi pengurus secara bidan terjun. Harap suatu hari nanti Gerrard boleh jadi pengganti Klopp, kalau Klopp dah cemuih menang banyak Piala dengan Liverpool kelak.
zmn houllier dulu dia tenggelam sbb owen lebih menyerlah. bila masuk era rafa tu yg dia betul2 naik. sbb dia ni game changer.
ReplyDelete