Setelah bersara secara rasmi Abam Gerrard kembali ke Anfield sebagai lejen dan melihat sendiri transformasi Kloppomania. Sayang sekali dia tak dapat rasai pengalaman bermain dengan jurutaktik dari Jerman itu. Saya tengok gerak badan dan reaksi pemain mereka main cemerlang sebab bangga Abang Long balik tengok adik2 main.
David Moyes dah nampak sangat set Sunderland sejak awal dah main susun bas. Sesak betul cam sardin depan pintu gol. Konon-konon Moyes nak main versi Soton haritu, tetapi apakan daya pakej tak kena. Mungkin separuh pertama mereka nampak berjaya, itupun sebab Coutinho keluar awal akibat hentakan lawan kat buku lali.
Bila taktik pemalas Sunderland main, maka Liverpool terpaksa main separuh padang sahaja. Sebelah sendiri Karius dok garu kaki sebab kena hurung lalat. Kalau ada pun serang, main serang ala gerila komunis, nak serang tapi takut2. Defoe kena sita terus oleh bek kita, namun Anicibae nampak lain macam punya sado. Bukan setakat otot dah mantap, tetapi sel2 otak dah berhubung sejak tak main dengan Everton.
Separuh pertama peluang banyak macam nak dapat gol tetapi semua sipi2 belaka. Lovren, Mane, Origi dan Firmino serta Mat Gigi tak silap masing2 ada sahaja peluang yang dapat tetapi kelaut akibat betapa padatnya hentian bas Sunderland mengekang dan menjadi penghalang utama. Pemain kita ada idea tetapi pemain lawan memang macam dah berlatih gitu kot sebelum ni. Idea mereka nampaknya mengena dan Liverpool terkial nak rempuh pintu bas yang rasanya lebih dari London Double Decker.
Separuh kedua perancangan Moyes masih kekal tak bergerak lagi bas mereka. Seronok bukan main sebab mereka sangka tiada ruang lagi bagi Liverpool sebab kreativiti Liverpool mereka anggap pergi bersama Coutinho yang cedera. Tapi silap posisi dan kerja bijak Firmino sebaik Coutinho, malah dia nampak lebih ngam disebelah kiri. Main kat mana pun bila Firmino memang bergaya, bila dia pegang bola dan2 teringat Suarez.
Kemasukan Origi menambah kesadoan barisan depan. Bukan senang nak buli Origi, dia memang tak lembik macam awal penampilan. Rezeki dia sebab Mat Sentap cedera. Itulah cakap, bila bersabar masa permainan akan dapat punya. Cuma kena bersedia mental fizikal. Macam kena Toto, Origi memang bawa rezeki bersama beliau dalam pasukan. Gol pembukaan Liverpool memang tak disangka sebab rembatan Origi tetiba masuk sebab dia ambil keputusan tepat rembat saja masuk atau tak itu lain hal. Tetapi teknik rembatan yang melantun menewaskan Goli Sunderland. Liverpool mendahului 1-0.
Kena sebiji Moyes macam terbangun dari lena bak pemandu bas yang terlepas trip. Mereka terpaksa longgarkan pertahanan dan keluar menyerang untuk cari gol penyamaan. Ketika ini barulah kita tengok Karius punya kehebatan. Dia mematahkan serangan Sunderland dengan meluru menampam bola. Tetapi itulah peluang yang ditunggu Liverpool, nak dekat habis perlawanan Mane punya pailang baru keluar. Dia memang pantas macam pelesit, bila serangan kilat bola dibawa pantas tak terkejar pemain Sunderland. Namun bek Sunderland sengaja bentes beliau dan penalti kepada Liverpool. Milner mengambil tugasan biasa dan meledakkan penalti untuk Liverpool membunuh perlawanan dengan 2-0.
Kemenangan kali ini melonjak kembali Liverpool disinggahsana Liga Perdana Inggeris. Sementara tunggu apa keputusan Chelsea dan Spurs. Kecederaan Coutinho nampak parah tetapi ada cakap tak serius seperti yang disangka. Jangan rehat lama sebab kita dah hilang dua pemain kreatif setakat ini. Jika Sturridge tak pulih lagi untuk perlawanan seterusnya alamat Woodburn bakal dapat peluang lain setelah buat penampilan pertama dalam liga. Bagi saya semua pemain cemerlang, tetapi pemain paling menonjol ialah Emre Can. Dia nampak lebih dominan dari minggu sebelum ini. Jadi abam bagi dia pemain terbaik perlawanan.
Jangan lupe credit untuk lovren jugak.best tengok die defend.from zero to hero.terbaik...
ReplyDeleteSemua pemain hebat..tahniah sbb bagi cleansheet utk kli ke-3 👍..Chealshit dipersada liga..aku yakin lps boxing day nanti Liverpool top table balik..YNWA
ReplyDeletePrestasi mane agak mnurun tapi dia punca kpd penalti. firmino selalu lpaskan pluang baik tapi ok dalam menghuruharakan defend sunderland. Countinho nampak masih lemah dan injured, harap cepat sembuh dan x jejaskan prestasi dia. Skali lagi pluang liv rbut carta liga sbb mnggu dpan chelsea brdepan mc di etihad stadium. tahniah smua yg dpt teka btul. btul aq kata, karius makin ok.
ReplyDeletecadangan untuk serang parked bas..
ReplyDelete1. 2 minit pertama serang habis-habisan..all out
2. dapatkan sepakan percuma, sepakan sudut atau sepakan penalti sebanyak yang mungkin..kalau kene berlakon, dive je..(bukan taktik kotor, diaorang parking bas boleh pulak)
3. bila serang tu sekali sekali pangkah sikit defend diaorang tu..bila injured mesti taktik bertahan berubah sikit..
Jgn komen kt sini,gi ws or wc sendiri klopp tuu...bru die tau taktik tuu
ReplyDeleteklopp dah ada taktik sendiri.. jadi cheerleader.. he..he..
DeleteHaha,terbaik laa
Deletedalam bola sepak..kita jangan marahkan apa taktik yang digunakan oleh jurulatih lawan..itu hak dia..cuma pasukan kita kena cari jalan macam mana nak menang..itulah cara Jurgen Klopp..
ReplyDeletetu la pasal bro..patut buat style boxing..
Deleteboxer yang asyik defend je tak attack mungkin potong markah..