Seluruh dunia bolasepak telah tertumpu kepada cerita yang membabitkan seorang pemain yang memang terkenal, malah boleh dikatakan antara yang terhebat didunia. Yang saya maksudkan disini adalah Kaka, pemain Brazil dan AC Milan. Disana-sini ramai yang memperkatakan khabar angin yang beliau dikaitkan dengan rekod perpindahan dunia 100juta pound. Kelab OKB, Manchester City telah melakukan sesuatu yang menjangkaui pemikiran peminat dan juga profesional bolasepak. Tetapi mereka telah melakukanya awal musim dengan Robinho berkat duit Tauke Minyak Arab. AC Milan mungkin tidak keberatan menjual pemain bintang mereka kerana masih ramai Kaka versi baru dalam pasaran. Malahan dengan wang sebegitu banyak mereka dapat menggunakan untuk mempertingkatkan pasukan mereka diposisi lain.
Tetapi apa yang saya hendak kaitkan disini adalah bagaimanakah pula jika, Man City menggunakan 100juta itu untuk mendapatkan Steven Gerrard? Apakah anda rasa perpindahan itu bakal terjadi. Bagi saya perkara yang mustahil mungkin boleh terjadi boleh terjadi kerana itulah bolasepak. Bagi pihak Rafa, saya rasa beliau sedaya-upaya akan mempertahankan Gerrard dari dijual. Dan Gerrard juga mungkin tida akan berpindah dari kelab yang beliau sokong sejak kecil lagi walaupun beliau terang-terang akan mendapat 20 % dari jumlah perpindahan itu. Tambahan pula jika gaji beliau sekarang digandakan sehingga 500,000 pound seminggu .
Tetapi yang menggusarkan saya ialah Hick, Gillet dan Parry. Mereka ini mungkin sanggup membelakangkan peminat dan pengurus demi untuk tembolok mereka sendiri. Kalau tidak masakan mereka sanggup berjumpa dan berbincang untuk menjadikan Klinsmann pengganti Rafa hujung musim lalu. Nasib baiklah Klinsmann menolak dan bersetuju menjadi Pengurus Bayern Munchen. Perangai sebegini takut akan menjadi tabiat pula dimasa akan datang. Manalah tahu jika pinjaman hutang mereka tidak boleh dibayar dan mereka pula mengalami masalah kewangan, pasti nilai 100juta pound menjadi modal terbaik mereka.
Jangan salah anggap, saya meluahkan ini bukan sengaja membangkitkan isu. Tetapi cuba imbas kembali awal musim ketika Pak Syeikh mula-mula memiliki Man City. Mereka telah cuba membida Torres dengan nilai 50juta pound. Nasib baiklah, mereka telah membeli Robinho dan Jo untuk posisi serangan, mungkalau tidak pastinya Torres akan diburu hingga kelubang cacing. Perkara yang sama mungkin terjadi kepada Gerrrard jika Mark Hughes tersedar dari lamunan yang mereka tidak mempunyai penggerak utama yang dapat memberikan kemimpinan atas padang dan inspirasi serta semangat juang yang ada pada kapten kita itu.
No comments:
Post a Comment