Malam ini sekali lagi dua kelab Merseyside akan bertemu buat kali ke-3 musim ini. Livepool musim ini mempunyai rekod yang lebih baik keatas Everton apabila menang keatas Everton di Goodison dan Seri di Anfield dalam saingan Liga Perdana. Kali ini pertembungan ke-3 ini adalah dalam persaingan Piala FA Inggeris. Liverpool telah berjaya membenam Preston dan Everton pula menidakkan Masclesfield untuk bertemu dalam pusingan ke 4 ini.
Dalam perlawanan Liga di Anfield tempohari, Liverpool yang menguasai permainan dan menjaringkan gol awal telah berjaya diikat Everton di minit akhir perlawanan. Dengan keputusan itu menyebabkan Manchester United mendahului kita dengan perbezaan gol. Malah Man United juga mempunyai kelebihan kurang satu perlawanan.
Liverpool dikatakan tidak akan menurunkan Reina kerana akan memberikan peluang Cavalieri dalam perlawanan itu. Gerrard juga tidak akan diturunkan tetapi diganti dengan Alonso yang beraksi untuk mengembalikan stamina beliau. Agger dan Arbeloa yang baru pulih dari kecederaan masing-masing bakal diturunkan dalam perlawanan ini sebagai langkah kembali dalam kesebelasan utama.
No comments:
Post a Comment