Al-kisah pada ketika itu Liverpool yang baru saja diuruskan oleh Bill Shankly beberapa tahun sebelumnya masih berada dalam Divisyen 2 Liga Inggeris. Tetapi merupakan antara skuad yang menunjukkan potensi besar dan antara yang terbaik ketika itu ( memang terbaik kerana musim selepas itu berjaya naik ke Divisyen 1). Manakala Preston pula dipertengahan Liga dalam Divisyen 2 juga, tetapi mempunyai barisan pemain yang berusia setelah diturunkan dari Divisyen 1 musim sebelumnya.
Oleh kerana tiada tambahan masa dan penalti pada ketika itu jika terikat, perlawanan klasik FA itu berlangsung di 3 venue berasingan iaitu di Anfield, Deepdale dan Manchester sebagai Venue berkecuali. Dikatakan bahawa seramai 136,000 peminat menyaksikan pertnadingan di ketiga-tiga venue tersebut. Setelah hampir 300 minit tanpa jaringan, Peter Thompson (pemain ini telah dibeli Liverpool musim berikutnya) telah menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan yang penuh epik dan dramatis.
Kemenangan Preston pada pusingan ke-4 keatas Liverpool, itu menyaksikan mereka bertemu Manchester United pada pusingan ke 5. Tetapi mereka rebah ditangan Kultus Syaitan Merah di Old Trafford pada perlawanan timbal-balas.
dan kemenangan di pihak kita.strike cantik riera dan kerjasama dynamic duo torres dan stevie g.
ReplyDeletelama tak tengok torres score.thanks gerrard.kau memang captain yang baik.