Genap tiga tahun, Rafa telah berjaya mendapatkan Daniel Agger pada tarikh ini. Pemain antarabangsa Denmark ini telah dikesan sejak perlawanan persahabatan menentang England. Saya masih ingat yang mana Agger telah berjaya merantai Rooney keseluruhan perlawanan itu. Sejak dari itu Rafa telah menghantar perisik untuk melihat perkembangan beliau untuk dinilai.
Pada mulanya mungkin ramai yang sudah tahu yang sasaran utama Rafa adalah Nemanja Vidic. Tetapi Bek Tengah Serbia itu telah memilih Syaitan Merah sebagai destinasi pilihan. Antara sasaran lain pada masa itu adalah Matthew Upson yang ketika itu bermain dengan Birmingham (sekarang di West Ham) dan Collocini dari Deportivo La Caruna (sekarang Newcastle). Tetapi mereka ini telah diletakkan nilai perpindhan yang terlalu tinggi dan tidak munasabah.
Kedatangan Agger dengan nilai £5.8m dari Bronby IF, mulanya mendatangkan tanda tanya akan masa depan Hyypia. Kerana Agger telah menjadi pemain utama Denmark walaupun pada usia 21 tahun. Namun kecederaan yang membelenggu Agger membuatkan beliau pula yang menjadi pilihan ke-3 selepas Carragher dan Skrtel untuk merebut slot Bek tengah.
No comments:
Post a Comment